Viral gandar tercabut - bukan isu keselamatan

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sekarang ini kecoh bila gambar-gambar kemalangan kenderaan jenama Perodua diviralkan (tular, kata Dewan Bahasa dan Pustaka).

Dan seperti biasa, Perodua haters bangkit dan bertukar menjadi jurutera kenderaan. Syabas, kami sendiri tak pernah tahu ramai rupanya jurutera di luar sana.

Masing-masing dengan teori masing-masing, maka kami rakyat marhaen yang tak berapa pandai ini bertanyakan kepada beberapa orang jurutera automotif sebenar yang bukan bekerja di Perodua.

 

perodua axle 1

 

Rata-rata mereka berkata adalah sukar untuk gandar roda belakang itu tercabut terus ketika sedang dipandu.

Ini ialah kerana sebelum ia tercabut, kenderaan itu akan bergegar dan menghasilkan bunyi yang pasti akan menyebabkan pemandu berhenti.

Seorang dari mereka berkata Perodua menggunakan teknologi kualiti dari Toyota yang sangat ketat. 

"Sesiapa yang pernah ke kilang Perodua pasti akan gelak jika mereka kata Perodua tidak ada kualiti. Dan jika tidak ada kualiti, pastinya akan ada beribu-ribu Perodua yang mengalami masalah yang sama kerana Perodua menjual 200,000 unit kenderaan setahun - yang paling tinggi di Malaysia," ujar beliau.

"Ada jutaan Perodua di luar sana, dan memang ia menjadi majoriti kenderaan yang menyusur di jalanraya negara," sambungnya lagi.

Sistem suspensi jenis torsion beam seperti yang digunakan oleh Perodua banyak digunakan pada kenderaan lain dan gandar mereka juga ada yang tercabut ketika kemalangan, terutama kemalangan yang menyebabkan hentakan kuat pada sudut tepi roda belakang.

Malah, gandar lori treler juga tercabut dalam kemalangan. 

truck axle

Kami kemudian bertanyakan kepada Perodua sendiri dan jawapan yang kami terima dari mereka memuaskan hati.

Di bawah ialah fakta yang kami dapat dari Perodua:

  1. Perodua sudah menghubungi kesemua pemilik-pemilik kenderaan di dalam gambar-gambar itu.
  2. Kesemua kenderaan itu mengalami kemalangan atas sebab lain, dan gandar belakang tercabut akibat kemalangan itu. Tidak ada satu pun yang mengalami kemalangan kerana gandar tercabut.
  3. Kesemua pemandu tidak mempunyai isu dengan Perodua, malah mereka berkata kerana kadar keselamatan kenderaan Perodua yang baik, maka mereka terselamat dari kecederaan teruk semasa kemalangan.
  4. Pihak Perodua sudah mengambil kenderaan-kenderaan tersebut untuk dibuat pemeriksaan lebih lanjut untuk memastikan tidak ada isu keselamatan.
  5. Perodua tidak teragak-agak untuk menyaman mereka yang cuba memburukan nama jenama tersebut tanpa sebarang bukti.

Diharapkan pemilik Perodua semua tidak risau kerana Perodua nampaknya lebih awal turun padang untuk menyiasat isu itu.


 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…