Walaupun masih mengekalkan penggunaan platform asal (tidak seperti Passat pasaran Eropah), Passat facelift ini menerima kemasan serba baharu di bahagian luaran.
Perubahan ini boleh dilihat pada penampilan gril hadapan serba baharu yang diapit dengan lampu utama jenis LED dan penampakan lampu rekaan baharu di bahagian belakang.
Perubahan ini turut diaplikasikan pada paparan kluster meter, serta sistem hiburan MIB II yang disertakan dengan sokongan hubungan Apple CarPlay, Android Auto dan juga MirrorLink.
Antara ciri lain yang turut disertakan pada Volkswagen Passat baharu ini adalah ciri pengecaman suara, kawalan iklim dua zon, sistem kemasukan tanpa kunci, lampu utama adaptif, lampu bantuan membelok dan juga sistem wiper dengan pengesan hujan.
Dari segi nadi kuasa, Volkswagen masih mengekalkan penggunaan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter berkuasa turbo (174 kuasa kuda/281 Nm) yang menyalurkan kuasa kepada roda hadapan menerusi transmisi auto enam kelajuan.
Aspek keselamatan juga cukup lengkap dengan penawaran ciri-ciri terkini seperti:
- Amaran Pelanggaran Hadapan
- Brek Kecemasan Autonomi
- Sistem Pemantauan Pejalan Kaki
- Sistem Pemantauan Titik Buta
- Amaran Lintasan Trafik Belakang
- Bantuan Pengekalan Laluan (pilihan)
- Kawalan Pelayaran Adaptif (pilihan)
- Sistem Bantuan Parkir (pilihan)
- Sistem Brek Pasca-pelanggaran Automatik (pilihan)