Volkswagen Polo Black & White edisi terhad - 11 unit, RM68,488 sahaja di Lazada

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan model VW Polo Black & White edisi khas sempena sambutan Festival Membeli-Belah Tahunan 11.11 Lazada.

Sebanyak 11 unit sahaja ditawarkan dan dijual secara eksklusif di platform dalam talian Lazada pada 11 November 2018.

Didatangkan dalam warna tunggal putih (Candy White), VW Polo Black & White ini dilengkapi spoiler belakang, kemasan sisi warna hitam, tempat duduk balutan kulit, rim aloi bersaiz 15 inci, perumah cermin sisi hitam dan filem tint VW.

 

 

Dengan jumlah keseluruhan aksesori bernilai RM7,500, pembeli hanya perlu membayar harga RM68,488 menerusi aplikasi Lazada.

Yuran tempahan sebanyak RM799 perlu dibayar menerusi Lazada Wallet, kad kredit atau perbankan dalam talian, dan para pembeli akan menerima panggilan daripada wakil Volkswagen untuk melengkapkan urusan seterusnya mendapatkan kereta mereka.

 

 

Mengekalkan enjin 1.6 liter MPI berkuasa 105 PS, dan daya kilas 153 Nm, kuasa tersebut kemudian dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan Tiptronik dan mod sport. 

Menurut pengarah urusan VPCM, Erik Winter berkata, "menerusi kejayaan kolaborasi di Lazada untuk model Beetle 12.12 dan juga model JOIN, perkembangan terbaharu ini juga membuktikan pelanggan melayari internet untuk membaca, membuat kajian, dan mendapat tawaran yang terbaik."

 

 

Setiap pembelian Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, jaminan pengilang dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Volkswagen ID.3 GTX dan ID.7 GTX Tourer   Sama seperti Tourer, model fastback GTX dibekalkan…
Berita Global
  Kuasa? Enjin EA888 LK3 evo4 2.0 liter turbo menghasilkan 300 ps dengan daya kilas 400Nm dan…
Berita Global
  VW menawarkan Golf GTE dan Golf eHybrid dengan teknologi hibrid plug-in generasi kedua yang…