Volkswagen R akan jadi subjenama EV berprestasi tinggi 2030

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen merancang untuk menjadi pengeluar EV sepenuhnya menjelang 2035.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Namun, sebelum peralihan itu disempurnakan, Volkswagen mahu mengubah subjenama prestasi tinggi R untuk menawarkan model EV sahaja terlebih dahulu, difahamkan menjelang 2030 berdasarkan laporan terkini daripada Autocar.
 

R


Menurut ketua divisyen VW R, Reinhold Ivenz berkata, pihaknya sudah pun mengambil langkah yang sewajarnya bagi peralihan kepada EV berprestasi tinggi, malah turut mengesahkan beberapa model R berkuasa elektrik kini sedang dalam perancangan.

Ini bermakna, dalam tempoh beberapa tahun akan datang kita bakal melihat pengenalan model konsep R EV sebelum ia direalisasikan menjadi model produksi sebenar.

Volkswagen sebelum ini meletakkan lencana khas R untuk beberapa buah model, termasuklah Golf, Tiguan serta T-Roc, namun untuk model pertama R berkuasa elektrik mungkin akan hadir daripada keluarga kereta elektrik ID yang kini sedang laris terjual di pasaran global.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
  VW menawarkan Golf GTE dan Golf eHybrid dengan teknologi hibrid plug-in generasi kedua yang…
Berita Global
  Buat kali pertama California dilengkapi dua pintu gelangsar yang bukan sahaja memudahkan…
Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…