Untuk itu, Volvo meletakan kamera menghala kepada pemandu dan menggunakan algoritma komouter bagi "membaca" pergerakan mata, posisi kedudukan pemandu dan input stereng serta reaksi brek.
Ini semua akan dikira dan dicongak dan sekiranya ada tanda-tanda pemandu itu penat atau cuai atau agresif, kereta Volvo anda akan mengeluarkan amaran dan juga mengawal kenderaan secara fizikal.
Jika ia masih tidak berkesan, kelajuan kenderaan akan dikurangkan, sistem Volvo akan meminta seorang oeprator On Call untuk menelefon anda dan paling ekstrem, ia akan menhentikan kenderaan itu.
Bagi yang runsing gambar mereka diambil secara rahsia, Volvo berkata kamera itu hanya akan menyimpan data angka dan bukannya imej.
Menurut Malin Ekholm, Pengurus Safety Centre untuk Volvo, sistem ini direka untuk belajar cara dan tabiat pemanduan seseorang.
"Kami tidak mahu kes di mana apabila pemandu tahu kenderaannya datang dengan sistem brek ABS, sistem pacuan empat roda dan kawalan traction, ia menjadi lebih berani untuk memandu laju," terangnya.
"Apa yang kami mahu ialah pelanggan kami kekal dalam zon selamat dan juga bertanggung jawab."
"Sistem kami akan ada bila anda memerlukannya, bukan untuk anda menggunakannya," kata Ekholm lagi.
Ini adalah satu usaha bagus untuk Volvo dan pastinya akan menarik pelanggan yang matang dan berusia.
CEO Volvo, Håkan Samuelsson berkata jenama itu memang sudah lama kehilangan pembeli yang berminat dengan kenderaan berprestasi tinggi.
"Kami mahu jenama ini menarik perhatian mereka yang berfikiran keselamatan itu paling utama di atas jalanraya,"
"Prestasi tetap wujud dalam produk kami kerana daya pecutan mampu membantu anda memotong trailer-trailer di lebuhraya yang mencantas masuk ke laluan anda," Samuelsson menyuarakan pendapatnya.
"Membataskan kelajuan kepada 180 kmsj pastinya akan membuatkan Volvo tidak menjadi sesuatu yang menarik bagi pemandu rempit, dan saya kira itu adalah satu perkara yang bagus," katanya.
* laporan asal dari Wired