Walaubagaimanapun, harga terbaharu itu masih tertakluk kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan.
Berikut merupakan senarai harga jualan bagi kesemua model Volkswagen.
Model | Varian | Harga semasa + 6% GST | Harga semasa tanpa GST |
Polo | RM 76,888 | RM 72,488 | |
Vento | Comfortline | RM 86,888 | RM 81,888 |
Highline | RM 93,888 | RM 88,488 | |
Jetta | Highline | RM 128,990 | RM 121,488 |
Passat | Comfortine | RM 179,990 | RM 169,488 |
Comfortline Plus | RM 184,980 | RM 174,478 | |
Highline | RM 198,990 | RM 187,488 | |
Tiguan | Comfortline | RM 148,990 | RM 139,888 |
Highline | RM 168,990 | RM 158,888 | |
Beetle | Sport | RM 147,888 | RM 139,488 |
Golf | Sportline | RM 155,990 | RM 146,888 |
R-Line | RM 166,990 | RM 157,488 | |
GTI | RM 239,990 | RM 225,888 | |
R | RM 295,990 | RM 278,888 |
Menurut Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, "(Pertukaran) ini merupakan masa yang terbaik untuk membeli kereta Volkswagen di samping menikmati promosi terkini daripada kami."
VPCM kini sedang menjalankan promosi "Serlahkan Gaya Anda" di mana pelanggan boleh menikmati kadar faedah terendah iaitu 0.88% setahun dan rebat tunai sehingga RM15,000 untuk pembelian model Volkswagen.
Pelanggan juga berjaya mendaftarkan kenderaan mereka sebelum 30 Jun 2018 juga bakal menerima baucer kad petrol bernilai sehingga RM1,188.
Setiap pembelian model Volkswagen kini didatangkan dengan lima tahun jaminan pengeluar, lima tahun bantuan tepi jalan serta tiga tahun servis percuma.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Volkswagen di alamat www.volkswagen.com.my