VPCM tawar pakej VAP untuk model Golf GTI, Arteon R-Line

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) hari ini memperkenalkan Pakej Jaminan Volkswagen (Volkswagen Assurance Package, VAP) untuk semua model yang dilengkapi dengan ciri IQ.DRIVE, iaitu Golf GTI dan Arteon R-Line 4MOTION.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pakej VAP bernilai antara RM8,000-RM10,000 (bergantung kepada model) ini menawarkan tambahan jaminan tanpa had perbatuan dan penyelenggaraan selama tiga tahun.
 

Arteon R


Pelanggan yang tidak mahu mengambil pakej jaminan ini akan menerima jaminan tanpa had perbatuan untuk tempoh dua tahun dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.

Menurut Pengarah Urusan VPCM, Denyu Bostandzhiev berkata, "dengan adanya VAP, ia akan memastikan pelanggan mendapat pengalaman pemilikan yang menyenangkan, memandangkan para pemilik pastinya mahukan satu nilai tambah apabila membeli kereta Volkswagen.
 

Kelayakan

Perlindungan

Kenderaan yang diserahkan selepas  3 Julai 2023 tanpa VAP

Jaminan pengeluar selama 2 tahun

Bantuan tepi jalan selama 5 tahun

Kenderaan yang diserahkan selepas  3 Julai 2023 dengan VAP

 

Jaminan tanpa had perbatuan selama 5 tahun

Penyelenggaraan selama 3 tahun

Bantuan tepi jalan selama 5 tahun 5