Mahu terajui segmen e-mobiliti
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif jenama Volkswagen, Dr. Herbert Dies, "Pakej pelaburan ini akan memberi lonjakan yang kuat kepada program produk dan teknologi ofensif terbesar dalam sejarah VW. Objektif kami ialah untuk meletakkan VW sebagai peneraju segmen kenderaan massa secara mampan dan menerajui segmen e-mobiliti. "
Pelan tindakan
Fokus utama pelaburan besar ini adalah di Jerman, yang akan menerima sejumlah EUR 14 bilion (RM 68.1 bilion).
Salah pelan tindakan utama ialah transformasi kilang Zwickau kepada pusat produksi kenderaan e-mobiliti dengan jumlah pelaburan sekitar EUR 1 bilion (RM 4.86 bilion) .
Pada peringkat pertama, Volkswagen akan menumpukan pengeluaran siri kenderaan elektrik masa depan berdasarkan kit pemacu elektrik modular (modular electric drive kit/MEB) baharu di kilang ini.
Pada tahun 2020, Volkswagen I.D., kenderaan pertama dalam generasi baru kereta elektrik akan dilancarkan di pasaran.
Modular electric drive kit/MEB
Melalui MEB, Volkswagen mempunyai teknologi yang diperlukan untuk kenderaan emisi sifar pada masa akan datang.
MEB akan membolehkan Volkswagen menawarkan kenderaan elektrik dengan jarak perjalanan antara 400 hingga 600 kilometer, keupayaan mengecas pantas (rapid charging) dan kos faedah keseluruhan yang setara dengan harga kereta diesel.
Di samping itu, MEB akan menjadi produk penting dalam memenuhi sasaran keperluan barisan kenderaan di Eropah dan China dan kemudian di Amerika Syarikat.
Mahu keluarkan kenderaan tujuh penumpang dalam segmen B?
MEB juga akan membolehkan Volkswagen menawarkan kenderaan dari segmen kompak A kepada kenderaan tujuh penumpang dalam segmen B.
Generasi baharu kenderaan elektrik Volkswagen akan menampilkan inovasi yang sebelum ini hanya terdapat pada kereta dalam segmen premium.
Mahu keluarkan sejuta kenderaan elektrik (EV) pada tahun 2025
Kenderaan generasi baharu Volkswagen akan dilancarkan pada waktu yang hampir sama di Eropah, China dan Amerika Syarikat. Pada tahun 2020, jumlah pengeluaran siri model Volkswagen I.D. dianggarkan sebanyak 100,000 unit manakala sekurang-kurangnya sejuta unit EV Volkswagen dirancang untuk dikeluarkan pada 2025.
Pengeluaran Golf dan Passat pindah ke kilang Wolfsburg dan Emden
Pengeluaran Volkswagen Golf dan Passat di Zwickau akan dipindahkan ke kilang Wolfsburg dan Emden pada masa akan datang.
Volkswagen melabur EUR 2.9 bilion (RM 14.1 bilion) di kilang Wolfsburg untuk menjadikannya pusat pengeluaran Golf generasi akan datang dan perkara berkaitan di kilang itu.
Di Emden, Volkswagen melabur sekitar EUR 1.1 bilion (RM 5.356 bilion) untuk menjadikannya pusat pengeluaran famili Passat pada penghujung 2018.
Kilang di serata dunia turut terlibat
Selain itu, kilang pengeluaran kenderaan Volkswagen di serata dunia seperti di Pamplona di Sepanyol, Palmela di Portugal dan Bratislava di Slovakia sedang disiapkan untuk pengeluaran kenderaan MQB selanjutnya.
Projek-projek SUV yang berorientasikan pasaran pula akan dikeluarkan di Mexico, Amerika Syarikat, Amerika Selatan dan Rusia.
Untuk kilang Komponen di Jerman, Volkswagen melabur lebih daripada EUR 750 juta (RM 3,652 bilion) di Brunswick, EUR 1.5 bilion (RM 7.3 bilion) di Kassel dan lebih daripada EUR 800 juta (RM 3,896 bilion) di Emden.
Penulis: Muhammad Md Tajudin