VW US umum harga Jetta 2019 - lebih murah daripada Civic, Corolla!

oleh Mohamad Hanif|
Bagi merebut kembali pasaran daripada pesaingnya, pihak Volkswagen telah mengumumkan harga jualan bagi model Jetta 2019. Harga untuk varian yang paling asas, iaitu Jetta S akan dijual pada harga $19,395 (RM75,058.65)* iaitu $100 lebih murah berbanding model 2018.

Penurunan itu turut meletakkan harga permulaan jualan Jetta jauh lebih murah berbanding pesaing terdekatnya Honda Civic dan Toyota Corolla. Jetta 2019 bakal didatangkan bermula versi asas Jetta S dan diikuti varian yang lebih mewah SE, R-Line, SEL dan juga SEL Premium.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

action-10-1515942786.jpg

Jetta 2019 masih mengekalkan penggunaan enjin turbo 1.4 liter daripada model sebelum ini (147hp, 249Nm tork). Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan yang mana ia adalah standard untuk kesemua varian. Hanya versi asas Jetta S ditawarkan pilihan transmisi manual enam kelajuan. Dimensi Jetta kini juga lebih panjang dan lebih lebar berbanding generasi terdahulu.

Berikut merupakan senarai ciri-ciri tambahan mengikut varian daripada versi asas sehinggalah versi premium.

Jetta S - $19,395 (RM75,058)*
-transmisi manual 6 kelajuan/auto 8 kelajuan
-lampu utama LED
-rim 16 inci
-unit audio 6.5" skrin sentuh dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

Jetta SE - $23,005 (RM89,029)*
-bumbung suria panorama
-kawalan suhu automatik
-sistem masuk tanpa kunci dan butang mula memandu
-tempat duduk kulit dengan pemanas terbina dalam

Jetta R-Line - $23,845 (RM92,280)*
-rekaan kit badan sporty
-rim 17 inci dengan kemasan kelabu gelap
-kemasan dalaman warna hitam
-rekaan bumper belakang yang berlainan

Jetta SEL - $25,265 (RM97,775)*
-wiper dengan sensor pengesan hujan
-bantuan pencahayaan dalaman suram
-penggunaan skrin digital 10.3 inci Digital Cockpit
-ciri keselamatan aktif (lane keeping assist, adaptive cruise control dan suluhan lampu tinggi automatik)

Jetta SEL Premium - $27,795 (RM107,566)*
-kerusi pemandu dengan penyejuk suhu dan simpanan memori terbina dalam
-rim 17 inci dual tone
-lampu kabus

interior-6-1515942792.jpg

Apa yang menarik perhatian ialah terdapat tawaran Pakej Driver's Assistance yang mana ia menawarkan amaran pelanggaran hadapan, brek kecemasan automatik dan sistem pengawasan titik buta kepada varian paling asas.

Tawaran ini dilihat cukup menarik bagi mereka yang mahukan pakej keselamatan yang setanding dengan varian yang lebih mewah pada harga yang lebih rendah tanpa perlu membeli varian yang lebih tinggi. Harga bagi pakej tambahan ini berharga $450 (RM1741)*.

Jetta 2019 dijangka bakal memasuki pasaran pada bulan hadapan. Namun tiada sebarang berita bagi pasaran Malaysia. Amat menarik untuk melihat bagaimana pihak VPCM bakal memposisikan harga pasaran Jetta terbaharu di sini. 

Sumber: Car and Driver
*berdasarkan pertukaran matawang semasa
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…