Warga emas, pelajar maut motosikal bertembung

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG warga emas dan pelajar sekolah maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung di di KM19, Jalan Bota Kiri, Tanjung Belanja, Parit petang semalam.

Mangsa, Jaafar Halid, 64 dan Iman Harith Othman, 17 tahun yang masing-masing tidak memakai topi keledar maut di lokasi dalam kejadian pukul 7 malam itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, berdasarkan siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku ketika warga emas yang menunggang Honda Dash dari arah Tanjung Belanja ingin pulang ke rumahnya di Kampung Tua.

 

Katanya, pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah Parit, yang menunggang Yamaha 135 LC itu Pula dari arah Bota Kiri ke Tanjung Belanja.

 

"Apabila sampai di simpang rumahnya, warga emas terbabit tiba-tiba membelok ke kanan menyebabkan penunggang motosikal jenis Yamaha LC yang bergerak lurus tidak sempat membrek lalu melanggarnya.

 

"Disebabkan kemalangan itu, kedua-dua penunggang motosikal mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

 

Beliau berkata, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.