WR-V RS: Ada perbezaan dari talaan

oleh Penyumbang Rencana|
Honda Malaysia baharu sahaja dua bulan melancarkan SUV kompak mereka, WR-V dan sudah ada lebih dari 3,800 unit didaftarkan di jalanraya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ternyata Honda sekali lagi berjaya mencipta resipi yang membuatkan pasaran tempatan menerima WR-V, walaupun segmen ini pernah cuba diteroka oleh Ford dengan model EcoSport tetapi gagal.

Careta yang berada di Langkawi untuk sesi pandu uji media sempat bertanyakan soalan kepada Pembantu Ketua Projek Besar (Assistant Large Project Leader) bagi WR-V, Nattawut Sasitorn, seorang warga Thai.

 

2
Assistant Large Project Leader, Nattawut Sasitorn

 

Menurut Sasitorn, sistem gantungan untuk WR-V mempunyai perbezaan antara varian-varian yang ditawarkan.

Varian WR-V yang ditawarkan di Malaysia ialah varian S, E, V dan varian paling premium, RS mempunyai sedikit perbezaan dari segi talaan.

"RS menggunakan roda aloi bersaiz 17-inci, berbanding dengan varian lain yang menggunakan saiz  satu inci lebih kecil. Oleh kerana itu, kami perlu melakukan sedikit penalaan agar objektif yang sama dapat dicapai untuk semua varian WR-V," terang beliau.

 

2

 

Talaan yang dilakukan ialah perbezaan penyerap hentak di mana varian RS mempunyai penalaan yang berbeza untuk menampung berat tayar yang lebih besar dan saiz tayar dengan profil dinding yang lebih nipis.

"Jika ini tidak dilakukan, maka ia tidak akan dapat mencapai kadar keselesaan yang sama seperti varian lain dengan roda bersaiz 16-inci," sambung Sasitorn.

Selain dari itu, WR-V RS juga menerima penalaan yang sedikit berbeza dari segi pemetaan sistem stereng berkuasa elektrik (EPS) dan juga penalaan CVT kerana perbezaan saiz roda dan tayar tersebut.

 

3

 

Sasitorn yang sudah 15 tahun bersama Honda menegaskan penalaan perlu untuk mencapai objektif utama WR-V, iaitu sebuah SUV kompak urban yang boleh dipandu seperti sebuah SUV tanpa mengurangkan kadar kesenyapan dan keselesaan penumpang.

Menurut Sasitorn lagi, unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Honda di Thailand mampu menghasilkan model baharu dari peringkat perancangan sehingga ke pembuatan dan pemasangan.

 

4

 

"Hanya beberapa ujian sahaja dilakukan di Jepun kerana fasiliti itu hanya terhad di Honda Jepun sahaja, yang lain dibangunkan oleh Honda Thailand sendiri," terang Sasitorn.

Selain dari itu, semua Honda WR-V mempunyai spesifikasi teknikal dan talaan yang sama untuk seluruh negara Asean.

Tunggu laporan video pandu uji ringkas WR-V dari Hezeri Samsuri yang berada di lokasi nanti.

 

Penulis: Hezeri Samsuri

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Global
Ya, walaupun menggunakan nama WR-V yang sama wujud di Malaysia, tapi Honda WR-V pasaran Jepun…
Berita Global
Diposisikan di bawah model HR-V, WR-V generasi kedua ini membawakan ukuran sepanjang 4,060 mm,…