Tahun lalu, Yamaha menampilkan model konsep MW-Vision - sebuah kenderaan berbumbung tinggi dengan dua roda di hadapan dan satu di belakang. Ia lebih kelihatan seperti sebuah skuter 3-roda berbumbung, tapi dengan tempat duduk seperti pemandu kereta.
Kali ini, rekabentuk konsep yang kita lihat lebih ke arah sebuah motosikal dengan kotak di bahagian belakang penumpang, seperti sebuah motosikal touring.
Ia juga menggunakan roda yang lebih besar serta cara tunggangan motosikal, seperti Can-Am Spyder.
Jika ia menggunakan kerangka yang sama seperti MW-Vision, besar kemungkinan ini ialah sebuah jentera "series-hybrid" atau hibrid selari - bermaksud ia mempunyai sebuah enjin yang digunakan untuk mengecas bateri, bukan untuk pacuan.
Adakah anda rasa konsep ini bakal berjaya? Kongsikan pendapat anda!