Yamaha EGO Gear terima kemas kini warna baharu - 3 pilihan, harga dari RM5,998

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini telah mendedahkan kemas kini baharu bagi skuter Yamaha EGO Gear untuk tahun 2023, dimana ia kini ditawarkan dengan tiga corak dan warna baharu iaitu Kuning, Biru dan Hijau.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pilihan warna baharu untuk Yamaha EGO Gear akan tersedia di semua pengedar sah Yamaha bermula 4 julai, hari ini dengan harganya kini ditawarkan bermula dari RM5,998 tidak termasuk pendaftaran dan insurans.

2

Setiap pembelian juga didatangkan dengan kunci cakera brek bernilai RM100 secara percuma.

Dari segi spesifikasi, ia masih mengekalkan ciri yang sama, dimana ia dikuasakan oleh BlueCore silinder tunggal 125 cc SOHC yang menghasilkan 9.39 hp dan 9.6 Nm.

3

Enjin itu juga masih menampilkan teknologi Smart Motor Generator, ciri Start-Stop, serta indikasi mod Eco yang menawarkan tunggangan lebih lancar sebagai tunggangan harian.

Rim juga masih mengekalkan saiz yang sama dimana ia menggunakan saiz 14 inci, dibaluti tayar bersaiz 70/90 di depan, dan 90/80 di belakang.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Skuter ini menggunakan nadi BlueCore silinder tunggal 125 cc SOHC yang mampu menghasilkan 9.39 hp…