Yamaha Lagenda dapat warna baharu

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) mengumumkan warna-warna baharu untuk model Yamaha Lagenda 115Z mereka.

Warna dan grafik baharu itu datang dalam tiga pilihan - merah, biru dan hitam.

 yamaha lagenda yamaha lagenda

Model warna baharu ini akan mula dijual pada pertengahan bulan Jun ini dan warna-warna lama akan ditamatkan riwayatnya.

Harga cadangan selepas GST ialah RM5,683.72 (tanpa cukai jalan, insuran dan nombor pendaftaran).

Untuk pengetahuan umum, harga motosikal di Malaysia disarankan oleh pengeluar tetapi pengedar diberikan pilihan untuk menjual dengan harga yang mereka selesa.

Kebaikannya ialah akan ada pengedar yang memberi diskaun untuk menarik pembeli tetapi ada juga yang menaikan harga bila permintaan tinggi.

Ada juga pengedar-pengedar yang dengan sengaja menaikan harga satu warna atau edisi motosikal dan "mencipta" edisi khas mereka sendiri.

Kerana itu Careta sarankan pembaca membuat bancian harga dan melawat ke beberapa pengedar untuk membandingkan harga.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…
Informasi
Maka tidak menghairankan apabila garaj rumahnya yang terletak di Kampung Gong Badak, Terengganu…