Dikuasakan oleh enjin tiga silinder sejukan cecair bersesaran 889 cc, ia kini berupaya menghasilkan 119 PS @ 10,000 rpm dan daya kilas 93 Nm @ 7,000 rpm yang dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.
Selain enjin baharu, casis dan binaan badan juga menampilkan teknologi pengurangan berat badan, menjadikannya lebih ringan selain menawarkan kestabilan di jalan lurus, prestasi serta keseimbangan pengendalian.
Yamaha MT-09 turut menampilkan unit pengukuran inersia (IMU) enam paksi yang merangkumi tiga ciri bantuan iaitu sistem kawalan cengkaman (TCS), sistem kawalan gelinciran (SCS) dan LIFt control system untuk roda hadapan.
Antara kelengkapan lain yang dimuatkan termasuklan unit lampu hadapan B-Functional LED, lampu belakang LED berbentuk Y, serta tidak ketinggalan skrin paparan TFT berwarna bersaiz 3.5 inci.
Harga jualan Yamaha MT-09 bermula dari RM54,998 atas jalan tanpa insurans dan pendaftaran.
Setiap pembelian akan disertakan dengan kunci cakera brek secara percuma, manakala 300 pembeli terawal akan mendapat beg kunci daripada Royal Selangor.