Yamaha R25 kembali kuasai segmen suku liter untuk Jun 2018

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan satu berita yang jarang berlaku pada pasaran negara jiran kita di Indonesia.

Sebagaimana umum mengetahui, tangga teratas segmen motosikal 250cc di sana lebih banyak dikuasai oleh dua buah motosikal, masing-masing dari Honda CBR250RR dan juga Kawasaki Ninja 250, manakala Yamaha dengan R25 tidaklah begitu menonjol sangat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, mengikut data penjualan pada bulan Jun 2018 yang diperoleh daripada Asosiasi Industri Sepeda Motor Indonesia (AISI), angka penjualan Yamaha R25 didapati memintas penjualan kedua-dua buah model yang selama ini bersaing merebut tangga teratas. 

Difahamkan pada bulan Jun sahaja, sebanyak 156 unit Yamaha R25 berjaya dijual berbanding 79 unit Honda CBR250RR dan 91 unit Kawasaki Ninja 250. 

 


Atas kertas R25 (36 PS) tidaklah sehebat Honda CBR250RR yang mampu menghasilkan 38 PS manakala Kawasaki Ninja 250 pula lebih tinggi iaitu sekitar 39 PS. 

Tiada sebarang maklumat lanjut yang diperoleh bagi memberikan jawapan disebalik penguasaan kembali R25 ini. 

Apa yang pasti, kami sebenarnya sangat tidak berpuas hati dengan kerancakan pasaran motosikal suku liter di negara jiran, ini kerana pasaran di sana sering kali mendahului penjualan model model terkini, malah ada motosikal yang tidak terdapat langsung di dalam pasaran Malaysia. 

Sumber: Autonet Magz

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam kenyataan itu, Chery menekankan komitmennya untuk memastikan keselamatan pelanggannya dan…
Berita Global
Ujarnya yang dikenali sebagai Ummu Hani itu lagi, banyak implikasi buruk berlaku sekiranya jalan…
Berita Global
Aion akan berkolaborasi dengan Indomobil Group yang berpengkalan di Jakarta untuk memasang EV di…