Yamaha Ténéré 700 Explore 2024 - khusus untuk rider kurang inci

oleh Mohamad Hanif|
Dalam pasaran, memang banyak terdapat model motosikal dual-sport yang dikhususkan untuk tunggangan jarak jauh yang mencabar. Atau sekadar konvoi ke kedai lemang di hujung minggu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Satu kekurangan yang ketara ialah kebanyakan pelana bagi model-model motosikal adventure ini diposisikan agak tinggi, dan menyukarkan urusan terutama bagi golongan rider yang mempunyai fizikal badan yang rendah.
 

Tenere


Berita baik, Yamaha Motor Europe telah melancarkan varian baharu Ténéré 700 Explore 2024 khusus untuk memenuhi impian rider kurang inci.

Spesifikasi enjin masih sama, iaitu nadi parallel-twin CP2 DOHC 689 cc dengan kuasa 72.4 hp @ 9,000 rpm dan daya kilas 68 Nm @ 6,500 rpm  yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan dan fungsi penukaran gear pantas.
 

tenere


Cuma, Yamaha Ténéré 700 Explore kini dibekalkan dengan sistem suspensi yang lebih rendah, terdiri daripada fork hadapan KYB 43 mm dengan jarak pergerakan roda 190 mm, atau kurang 20 mm berbanding Ténéré 700 standard.

Di bahagian belakang pun sama, di mana penyerap hentak tunggal KYB kini menawarkan jarak pergerakan 180 mm, atau 20 mm lebih rendah berbanding model standard.

Gandingan suspensi yang rendah itu membolehkan ketinggian pelana direndahkan sebanyak 15 mm kepada 860 mm, berbanding 875 mm pada model standard.
 

tenere


Secara standard, Ténéré 700 Explore dipasangkan dengan rim lidi kemasan warna emas bersaiz 20 inci depan dan 18 inci di bahagian belakang, dibaluti tayar Pirelli Scorpion Rally.

Aspek pemberhentian jentera ini diserahkan kepada tetapan rotor berkembar 282 mm dan angkup dua omboh di depan diikuti rotor brek 245 mm di belakang, dibantu dengan sistem ABS (tiga mod bergantung kepada tunggangan).
 

tenere


Ciri lain termasuklah panel penghadang angin yang lebih tinggi dan lebar, diikuti skrin paparan TFT 5 inci berwarna penuh dengan dua mod paparan, sistem pencahayaan LED penuh, soket USB dan tangki bahan api sebesar 16 liter.

Yamaha turut menawarkan aksesori ruang simpanan tambahan untuk Ténéré 700 Explore, merangkumi pilihan beg simpanan lembut atau kotak pannier aluminium keras.
 

tenere