EIMARACE - bukan go-kart!

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
EIMARACE (Educational Innovation in Motorsport and Automotive Race) yang berlangsung di Kuantan tempohari disertai oleh pelbagai institusi pendidikan di mana peraturan ditetapkan oleh penganjurnya, iaitu Malaysia-Japan International Institute of Technology, Universiti Teknologi Malaysia International Campus, Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur. Peserta-perserta EIMARACE dikehendaki mereka dan menghasilkan sendiri kereta lumba mereka dengan kos yang sangat rendah. Sebenarnya, ia adalah satu latihan teori dan amali yang sangat berguna kerana semasa perlumbaan, bukaan sahaja prestasi dapat diukur tetapi juga ketahanan produk, kekuatan sistem brek, penggunaan bahan bakar dan keselamatan. Sayangnya EIMARACE baru-baru ini telah mencatatkan kemalangan yang meragut nyawa ayah dan anak  dan ia menimbulkan kemarahan rakyat negara kita. Kemalangan itu juga melihat pelbagai istilah digunakan untuk kenderaan EIMARACE, dan kebanyakan media menggunakan istilah go-kart. Careta turut menggunakannya kerana ia memudahkan pembaca untuk terus memahami isu yang dibongkar. Sekarang ini, apabila sudah reda sedikit, Careta ingin mengkaji semula apakah jenis kenderaan yang digunakan. Penulis baharu kami, Wan Nasrul Hakim Wan Mohamad membuat sedikit kajian dan juga telah mencapai kata putus apakah nama paling sesuai untuk kenderaan tersebut.
Kereta lumba EIMARACE
img_5
  • Saiz tapak roda minimum 1600mm
  • Badan kereta mempunyai perlindungan kepala
  • Pemberian markah diberikan mengikut kategori, statik dan dinamik. Pada bahagian statik pemberian markah dipecahkan kepada beberapa  kategori; contohnya pada bahagian kejuruteraan rekabentuk. Pada bahagian dinamik pula markah yang tinggi diberikan kepada kereta yang  mempunyai tahap penggunaan bahan bakar terendah.
  • Disertai oleh pelajar-pelajar kolej, institut dan universiti.
  • Mempunyai sistem suspensi
Formula SAE
audi-formula_sae_mp4_pic_37766
  • Saiz tapak roda minimum 1525mm.
  • Badan kereta mempunyai perlindungan kepala.
  • Pemberian markah diberikan mengikut kategori, statik dan dinamik. Pada bahagian statik pemberian markah dipecahkan kepada beberapa  kategori contohnya pada bahagian kejuruteraan rekabentuk. Tetapi dengan lebih terperinci dan memerlukan kos yang lebih tinggi. Pada   bahagian dinamik pula markah yang tinggi diberikan kepada kereta yang mempunyai tahap penggunaan bahanapi terendah.
  • Disertai oleh pelajar-pelajar kolej, institut dan universiti.
  • Mempunyai sistem suspensi
Go Kart
_dsc6001
  • Saiz tapak roda antara 1010mm sehingga 1270mm (Motor Sport Association United Kingdom)
  • Badan kereta tiada perlindungan kepala pemandu
  • Tiada pemberian markah untuk rekabentuk atau kejuruteraan, perlumbaan hanya memerlukan pemenang yang berjaya menduduki tempat     teratas.
  • Disertai oleh sesiapa sahaja yang berkemampuan.
  • Tiada sistem suspensi
 Jika dilihat pada perbandingan di atas, kita boleh katakan yang perlumbaan EIMARACE menyerupai perlumbaan SAE dan bukannya Go Kart. Mungkin kerana kos yang tinggi untuk pelajar-pelajar di negara menyertai perlumbaan Formula SAE, EIMARACE dilancarkan dengan mempunyai peraturan yang lebih kurang sama dengan Formula SAE tetapi dengan kos yang jauh lebih rendah. Disebabkan oleh rekabentuknya yang mempunyai seorang pemandu dan tayar yang terbuka, EIMARACE boleh dikategorikan atau dipanggil sebagai Kereta Formula (Formula Car). Pertandingan Formula SAE juga akan bakal berlangsung dan ia akan dianjurkan oleh Malaysia Automotive Institute, sebuah agensi di bawah MITI. *Gambar Go Kart dan Formula SAE diambil dari laman web Autoblog manakala gambar EIMARACE diambil dari laman web EIMARACE.