Batu Pahat catat kemalangan maut tertinggi negara

oleh Careta.my|
Menurut Pengarah Jabatan Penyiasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, SAC Datuk Mahamad Akhir Darus, Batu Pahat kekal lokasi mencatat kemalangan maut tertinggi untuk tahun 2015 dengan 191 kematian. Batu Pahat turut mencatat kemalangan maut tertinggi untuk tahun 2014 dengan 165 kematian jalanraya. Mahamad seterusnya berkata menurut Laporan Statistik Kemalangan Jalanraya 2015 yang baharu diumumkan, jumlah kemalangan jalanraya di seluruh negara tahun 2015 ialah sebanyak 489,606, naik 2.8 peratus berbanding dengan tahun 2014. Namun begitu, Mahamad berkata jumlah kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalanraya bagi tahun 2015 turun sebanyak 7.3 peratus berbanding tahun sebelumnya. Sebanyak 6,706 kes kematian akibat kemalangan jalanraya dalam tahun 2015, purata sebanyak 18 kes kematian sehari. Dari jumlah itu, 62 peratus (3,816 kematian) ialah penunggang motosikal dan 387 pula ialah pembonceng. Seramai 11,550 orang mengalami kecederaan akibat kemalangan trafik yang diakibatkan oleh faktor manusia. Jumlah kematian tertinggi dari segi umur mangsa untuk tahun 2015 ialah
  1. Antara 16 hingga 20 tahun - 943 kes
  2. Antara 21 hingga 25 tahun - 828 kes
  3. Antara 26 hingga 30 tahun - 641 kes
  4. Antara 31 hingga 35 tahun - 579 kes
Bakinya mereka yang berusia 36 tahun ke atas. Berikut ialah kawasan-kawasan yang mengalami kadar tertinggi kemalangan jalanraya yang mengakibatkan maut di dalam negara untuk tahun 2015.
  1. Batu Pahat - 191
  2. Kuantan - 155
  3. Ipoh - 145
  4. Kuala Muda - 121
  5. Seberang Prai Tengah - 118
  6. Kajang dan Melaka Tengah - 110 setiap satu
Kawasan-kawasan di mana berlaku jumlah kemalangan jalanraya yang tinggi tahun 2015 pula ialah:
  1. Petaling Jaya - 25,635
  2. Timur Laut Pulau Pinang - 14,696
  3. Utara Johor Bahru - 14,642
  4. Shah Alam - 14,562
  5. Ipoh - 14,260
  6. Kajang - 14,133
  7. Selatan Kelang - 13,060
Laporan itu juga menunjukan kebanyakan kes kematian akibat kemalangan jalanraya dalam tahun 2015 berlaku di:
  1. Jalan kampung - 3,731 kematian
  2. Jalan bandar - 1,277 kematian
  3. Bandar kecil - 827 kematian
  4. Bandar utama - 408 kematian
Waktu paling kerap berlakunya kemalangan maut untuk tahun 2015 ialah:
  1. Antara jam 8.01 pm hingga 10.00 pm -  682 kematian
  2. Antara jam 4.01 pm hingga 6.00 pm - 668 kematian
Bulan Julai (musim Hari Raya Aidil Fitri) ialah bulan paling tinggi berlakunya kemalangan maut untuk tahun 2015 (705 kematian) dan juga untuk tahun 2014 (637 kematian). Pada pendapat Careta pula, boleh dikatakan bahawa ramai penunggang motosikal berusia antara 16 - 20 tahun ini adalah murid sekolah atau penuntut kolej dan ibubapa perlu memberikan lebih penekanan terhadap keselamatan anak-anak mereka yang dibenarkan menunggang motosikal. * Laporan asal oleh Shahrim Tamrin dari akhbar The Sun Daily.  

Add new comment