10 fakta - Fullface Shoei paling ringan kini di Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|
Sinar Puncak, pengimport dan pengedar rasmi topi keledar (helmet) premium dari Jepun, Shoei baharu sahaja melancarkan siri fullface mereka paling ringan, NXR 2.

Fullface siri itu adalah antara siri yang tertua untuk Shoei, lebih dari 20 tahun di dalam pasaran dan NXR 2 ialah siri paling terkini dengan teknologi keselamatan paling modern.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Pelancaran berlangsung di GoMoto Xperience Lab, Petaling Jaya dan dewan pameran itu menampilkan kesemua jenama-jenama di bawah Sinar Puncak.

 

 

Di bawah ialah antara fakta-fakta berkaitan Shoei NXR 2:

1. Satu-satunya helmet Shoei yang menurut piawaian Eropah paling baharu, UN ECE 22.06. Ia memberi fokus kepada kualiti cengkerang helmet dan juga visor serta aksesori-aksesori berkaitan helmet tersebut.

2. Rekabentuk baharu NXR 2 memberikan kelebihan aerodinamik di mana ia mengurangkan tenaga mendongak sebanyak -6 peratus dan rintangan udara sebanyak -4 peratus.

3. Ia menampilkan ciri-ciri khusus seperti Vortex Generator di sebelah tepi visor untuk mengurangkan efek pusaran angin dan kusyen pipi dan telinga yang turut mempunyai efek yang sama.

4. Aliran udara turut diperbaiki di mana NXR 2 mempunyai enam liang kemasukan udara di hadapan dan empat liang ekzos untuk udara keluar di belakang.

 

 

5. Sistem kunci berpusat di tengah visor memudahkan pengguna untuk membuka visor ke atas dengan satu tangan.

6. Pinlock Evo untuk sistem anti kabus pula adalah 10 peratus lebih lebar untuk penglihatan yang lebih baik.

7. Kusyen dalam dilengkapkan dengan sistem mudah buka untuk tujuan kecemasan (Emergency Quick Release System).

8. Datang dalam 11 pilihan - lima warna tanpa corak, empat corak grafik modern dan dua rekabentuk bertemakan Marc Marquez. Harga bermula dari RM2,400 untuk warna biasa, RM2,899 untuk grafik modern dan RM2,980 untuk model-model Marc Marquez.

9. Dengan berat hampir 1.4 kg, ia adalah fullface paling ringan dalam keluarga Shoei dan cengkerangnya dibina menggunakan bahan gentian komposit. Untuk pasaran Malaysia, ia hadir dalam empat saiz (XS-S, M, L, XL-2XL). 

10. Waranti ialah lima tahun dan boleh didapati dari 15 pengedar rasmi Shoei Malaysia termasuk di Kelantan, Melaka dan Sarawak. Senarai pengedar di pautan ini.

https://bit.ly/3nfcwe3

 

 

Jangan lupa, Shoei merupakan satu-satunya helmet premium di Malaysia yang memberikan perkhidmatan "fitting" di mana saiz kepala anda akan diukur dengan tepat dan kemudian juruteknik terlatih Shoei akan menambah atau mengurangkan span dalam untuk memastikan helmet Shoei itu benar-benar "ngam" untuk bentuk kepala anda! 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, mangsa yang juga peniaga kemudian pulang kira-kira jam 4.45 petang ke bilik sewanya itu…
Berita Domestik
Ini merupakan satu berita baik di mana anda kini boleh mendapatkan topi keledar Gracshaw edisi…
Pelancaran
Seramai 100 orang pemilik pertama Shoei X-Fifteen telah dijemput menghadiri acara pratonton…