10 individu terpaksa tukar balik ekzos ‘perang’ dengan 'standard' di balai polis

oleh SALINA JALIL|
Tindakan 10 individu mengubah suai ekzos motosikal sehingga mengeluarkan bunyi bising melampau membawa padah apabila terpaksa berhempas pulas hampir empat jam menukar semula ekzos itu semula semalam.


Kesemua mereka berusia 18 hingga 25 tahun termasuk seorang perempuan itu dikehendaki membawa ekzos ‘standard’ bagi proses penukaran yang dilakukan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya terdahulu menahan 12 buah motosikal dalam Operasi Ubah Suai Ekzos di sekitar daerah ini bermula pukul 5 petang hingga 8 malam kelmarin yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkusaan Trafik (BSPT) IPD ini.

 

Katanya, daripada jumlah tersebut hanya 10 buah motosikal didapati melakukan kesalahan ujian paras bunyi terhadap ekzos yang telah diubah suai yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor.

 

“Rata-rata jenis motosikal yang melakukan kesalahan itu adalah jenis Yamaha Y150 dan LC 135 dengan siasatan mereka melakukan pengubahsuaian demi kepuasaan diri sendiri.

 

“Hasil pemeriksaan juga mendapati terdapat seorang lelaki berusia 20an sanggup menghabiskan sehingga RM7,000 untuk ‘melaram’ dengan motosikal idamannya,” katanya ketika dihubungi.

 

Kata beliau, mereka telah dikenakan saman minimun RM300 dibawah Kaedah 103 iaitu dibawah Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan & Penggunaan) 1958 (L/N 170/1959) atas kesalahan Ubah Suai Ekzos manakala 17keping saman Pol 257 terhadap pelbagai kesalahan.

 

Tambah Ramli, kompaun RM300 juga dikenakan oleh pihak JAS kepada 10 individu tersebut mengikut Seksyen 48A(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana gagal mematuhi had bunyi yang dibenarkan.

 

“Polis juga mengeluarkan 29 keping saman atas kesalahan lain termasuk berhubung nombor pendaftaran iaitu kecil dan fancy, tiada lesen memandu, tidak mempunyai cukai jalan serta cermin sisi selain tidak mempamerkan tanda pengenalan ‘L’ dan ‘P’.

 

“Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang turut menyertai operasi itu mengeluarkan 32 notis arahan periksa,” katanya.

 

Justeru, Ramli menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal agar mematuhi undang-undang jalan raya,” katanya.

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Informasi
  "Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap sekumpulan…
Berita Global
Berdasarkan hantaran di laman media sosial Reddit, kisah itu bermula apabila pemilik dengan nama…
Berita Global
Jadi, jika anda memiliki kereta yang bising dan tinggal di bandar New York, anda mungkin bakal…