10 inovasi keselamatan dalam motosikal yang sudah wujud

oleh HEZERI SAMSURI|
Teknologi keselamatan pada motosikal sudah semakin berkembang.

Ada banyak negara-negara maju yang sudah memastikan alatan modern itu wajib untuk motosikal di sana tetapi di Malaysia, teknologi itu hanya didapati pada model-model mewah sahaja.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

1. Jaket beg udara

Beg udara adalah sesuatu yang standard di dalam kereta dan ia terbukti telah menyelamatkan banyak nyawa.

Untuk motosikal, sudah ada teknologi beg udara yang dipasang di dalam jaket dan ia akan beroperasi sebaik bila berlakunya perlanggaran atau impak kuat pada penunggang.


2. Brek ABS

Bila brek terlalu kuat, roda boleh terkunci. Ini sangat mudah berlaku pada motosikal kecil kerana tayar yang kecil dan berat kenderaan yang ringan.

Dengan adanya teknologi ABS, sistem akan mengesan bila roda akan terhenti dan ia akan melepaskan brek sedikit demi sedikit. Ia sangat penting kerana roda yang terkunci akan menyebabkan penunggang hilang kawalan.

Kalau tetap tidak faham, cuba ambil sebuah skuter dan tarik brek hadapan dengan kuat di atas lantai stesen minyak yang basah, semasa anda cuba mengambil selekoh.

Jika anda nyaris terjatuh atau sudah terjatuh, Syabas - anda sudah faham teori ABS.


3. Lampu hadapan adaptif

Lampu adaptif bukan benda pelik untuk kereta mewah dan untuk motosikal, ia semakin digunakan, terutama pada motosikal jenama mewah.

Ducati Multistrada 1260S contohnya mempunyai Cornering Light di mana lampu akan menyuluh ke dalam selekoh yang anda bakal lalui.

Dengan adanya cara ini, anda boleh melihat samada selekoh itu selamat atau dipenuhi dengan pasir atau minyak diesel.
 

 

4. Tolok tekanan udara tayar

Motosikal BMW memang terkenal dengan fungsi ini, di mana paparan meter memberitahu tekanan udara di dalam tayar-tayar motosikal anda.

Ia juga memberitahu tentang kehilangan tekanan udara yang selalunya akan menyebabkan pancit dalam masa 10 minit lagi.

Ini penulis sendiri sudah terkena. Dalam tempoh 10 minit itu, anda sudah boleh bersedia mencari tempat untuk berhenti.

 

5. Sistem transmisi automatik atau semi auto

Ramai jatuh cinta dengan transmisi automatik DCT pada Honda African Twin. Teknologi ini memudahkan penunggang mengawal motosikal tersebut dan kawalan yang baik ialah antara ciri-ciri keselamatan yang bagus.
Selain dari African Twin, ada juga motosikal-motosikal yang menggunakan transmisi automatik.
 

 

6. Komunikasi antara kenderaan

Banyak kes kemalangan berlaku kerana pemandu kenderaan lain tidak nampak motosikal yang bersaiz lebih kecil dan bergerak lebih pantas.

Teknologi komunikasi sekarang membolehkan kenderaan lain mengesan kehadiran motosikal di dalam zon merbahaya.

Paling idea, sistem komputer mengambil alih kedua-dua kenderaan itu untuk mengelakkan perlanggaran.


7. Kawalan pendikit elektronik

Sudah tiba masanya pendikit kawalan kabel mengucapkan selamat jalan.

Kabel pendikit mampu berkarat dan menyebabkan pendikit "terlekat" dan ia mengakibatkan kemalangan.

Sistem pendikit elektronik tidak menggunakan sebarang kabel, cuma pengesan untuk berhubung dengan unit-unit ECU.

 

 

8. Teknologi helmet

Menurut kajian National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) di US, seramai 37 peratus nyawa penunggang diselamatkan kerana helmet dan 41 peratus penunggang terselamat kerana helmet.

Teknologi helmet sekarang lebih canggih dan membolehkan helmet dibina dengan lebih kukuh, lebih ringan dan digabungkan dengan teknologi komunikasi seperti Bluetooth, kamera dan sebagainya.


9. Teknologi komunikasi GPS

Sistem ini membolehkan motosikal dikesan sekiranya berlaku kemalangan.

Ia boleh digunakan untuk menghantar pesanan meminta bantuan secara automatik bila kemalangan dikesan.

Masalah lokasi sering menghantui pihak ambulan tetapi dengan sistem GPS terbina, lokasi motosikal itu boleh diketahui dengan segera agar bantuan cepat sampai.

 

 

10. Teknologi minda matang

Teknologi ini terhasil sejak dari penunggang motosikal dilahirkan.

Akal fikiran dan ilmu membantu penunggang untuk menjadi lebih prihatin tentang keselamatan di atas jalanraya.

Sekiranya akal tidak matang, tidak ada apa pun teknologi yang boleh membantu anda untuk menjadi lebih selamat di atas jalanraya.

Kerana itu, disarankan penunggang motosikal mengambil kelas menunggang setiap lima tahun untuk memastikan anda mempunyai skil yang cukup untuk menyelamatkan nyawa anda.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…
Berita Domestik
Beliau berkata, penganjur program tersebut turut diminta supaya menitikberatkan pematuhan jalan…