10 jenama kereta paling popular di China

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Tidak dinafikan bahawa kemajuan teknologi masa kini kebanyakannya telah berjaya diaplikasikan oleh kebanyakan syarikat pengeluar dari China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan angka penghasilan dan jualan yang semakin meningkat saban tahun, pasaran China merupakan antara yang terbesar di dunia pada masa kini, terutama sewaktu dunia sedang beralih ke arah elektrifikasi.

Pasaran Malaysia juga tidak terlepas dari fenomena pengeluar dari China yang kini muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Tahun lepas kita telah disaksikan dengan kemasukan beberapa jenama dari China yang mula menjual kereta mereka seperti GWM dengan Ora Good Cat dan BYD dengan Atto 3.

Tahun ini juga salah satu jenama gergasi dari China iaitu Chery bakal kembali dengan model baharunya ke pasaran Malaysia.

Bagi memastikan anda tidak terlepas mengenai perkembangan terkini jenama dari China, berikut merupakan senarai 10 kereta paling popular di China:

1. Chery

2

 

Chery telah ditubuhkan pada tahun 1997, dan semenjak itu Chery telah mempunyai kejayaan dengan senarai yang panjang, dimana syarikat itu merupakan jenama nombor 1 di China.

Pada tahun 2022, syarikat itu telah menjadi jenama kereta penumpang nombor 1 China selama 20 tahun berturut-turut, dengan angka jualan sebanyak 1,232,727 unit secara global.

 

2. BYD Auto

3

 

Bagi yang mengenali EV Atto 3, anda pasti menjangkakan bahawa BYD merupakan pendatang baharu dalam industri automotif, BYD atau Build Your Dreams telah wujud sejak tahun 1995.

Syarikat itu memiliki 3 cabang utama dalam industri iaitu EV, produk automotif dan kenderaan tenaga baharu (NEV), BYD kini tidak lagi menghasilkan kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman dan hanya fokus pada hibrid serta EV.

 

3. JAC Motors

4

 

JAC Motors juga merupakan antara jenama China yang dikenali, terutama sekali dengan penghasilan lori-lori kecil yang kerap digunakan di Malaysia.

Ditubuhkan pada tahun 1997, syarikat itu mampu menghasilkan 500,000 unit enjin, 700,000 kenderaan dan beberapa alat ganti lain secara tahunan, JAC juga bekerjasama dengan Chrysler LLC untuk menghasilkan Jeep Cherokee pasaran China.

 

4. Great Wall Motors

6

 

Ditubuhkan pada 1984, GWM turut memiliki fasiliti penghasilan di luar China seperti Argentina dan Brazil, syarikat itu juga telah berkembang ke peringkat antarabangsa dengan lebih sejuta pekerja semenjak ditubuhkan.

Selain menghasilkan kereta jenamanya sendiri, GWM turut memasangkan kenderaan untuk jenama seperti Nissan Toyota dan BMW. Pada tahun 2021, GWM berjaya menjual 1.28 juta unit kenderaan.

5. Geely

7

 

Geely sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi semenjak syarikat itu telah membeli sebanyak 49.9% pegangan dalam Proton, salah satu jenama gergasi lain yang berada di bawah Geely ialah Volvo.

Ditubuhkan pada tahun 1997, syarikat itu kini memiliki lebih 30 sub jenama di bawahnya.

 

6. GAC Group

8

 

Ditubuhkan pada 1992, GAC ialah salah satu jenama yang menghasilkan kenderaan berkualiti tinggi dan berusaha untuk mewujudkan syarikatnya sebagai pengeluar automotif peringkat tinggi.

Melalui Trumpchi, GAC dan Aion, GAC Group telah menjual 450,000 unit kenderaan pada 2021. Ianya terdiri dari SUV bersaiz berbeza bersama dengan beberapa sedan dan kenderaan elektrik yang menarik.

 

7. Dongfeng Motor

9

 

Dongfeng Motor merupakan pembuat kereta milik kerajaan, melalui kerjasama dengan Nissan, Dongfeng telah muncul sebagai kuasa terkemuka dalam industri automotif China yang wujud semenjak 1968.

Bersama pembuat kereta China seperti Venucia dan Fengshen, Dongfeng bersedia untuk bersaing dengan perniagaan lain, pembuat kereta multinasional itu telah pun mencapai kemajuan di Asia.

 

8. Foton Motor

10

 

Ditubuhkan pada 1996, Foton Motor Group ialah salah satu pembuat kereta komersial yang paling berjaya di dunia, dimana mereka merupakan pakar dalam membuat kenderaan dan peralatan pertanian.

Syarikat itu mempunyai ibu pejabat di Daerah Changping Beijing, dengan 86 bilion aset semasa dan 132 bilion nilai jenama. Selain itu, mereka adalah pengeluar kereta penumpang terbesar di China.

 

9. SAIC Motor

11

 

Ditubuhkan pada 1997, salah satu syarikat terbesar di China, SAIC Motor sedang berkembang pesat menjadi perusahaan berteknologi tinggi, dimana syarikat itu menjual 1.11 juta kereta secara global pada 2021.

Dengan 53,100 kenderaan dihantar di bawah jenama MG, syarikat itu menduduki tempat kedua dalam kalangan pembuat kereta China dari segi jualan di Eropah pada 2021.

 

10. Changan Automobile Group

12

 

Changan Automobile Group ialah pembuat volum terbesar bagi jenama kereta di China (20% bahagian pasaran di China), di peringkat global, Changan mengendalikan 16 fasiliti pembuatan dan 35 kilang enjin kenderaan.

Ia mengeluarkan kereta di bawah beberapa jenama, termasuk jenamanya sendiri, tetapi kereta kelas pertengahannya boleh dikatakan paling dikenali.

 

Sumber: China Planning