10 kereta 'bintang filem' ini bernilai lebih dari RM16.2 juta jika nilainya digabungkan!

oleh Careta.my|
Cap hpi sebuah badan penilai dan rekod kenderaan global yang beroperasi dari Leeds, United Kingdom pernah menyenaraikan sepuluh kereta paling ikonik yang 'membintangi' filem antarabangsa sehingga tahun 2017.

Menurut cap hpi, keseluruhan koleksi itu berjumlah GBP/Pound $30,362.00 pada waktu ia dipasarkan dan jika dibuat penilaian pada masa sekarang jumlahnya ialah GBP/Pound $3,002,500.00 atau RM16,225,215.76*!
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

 

Cap hpi menggunakan kaedah undian di kalangan editor permotoran firma yang diasaskan pada tahun 1979 itu bagi mendapatkan sepuluh senarai kereta ikonik (dari bawah ke atas) seperti di bawah:

 

 

10)1977/2009 Chevrolet Camaro - Bumblebee / Transformers

 

camaro

 

 

 

9) 1970 Dodge Charger – Kereta Vin Diesel / The Fast & the Furious

 

dodge charger 1970

 

 

8) 1968 Ford Mustang GT 390 Fastback - Bullitt 

 

filem bullit

 

 

7) 1980 Lamborghini Countach LP 4005 - Cannonball Run

 

1980

 

 

 

6) 1966 Alfa Romeo 1600 Spider Duetto - The Graduate

 

spider

 

 

 

5) 1968 Austin Mk I Mini Cooper S - The Italian Job

 

italian job

 

 

 

4) 1961 Ferrari 250 GT California Spyder - Ferris Bueller's Day Off

 

ferris

 

 

 

3) 1963 Aston Martin DB5 - James Bond

 

james bond

 

 

 

2) 1963 Model 117 VW Type 1 Beetle - Herbie

 

herbie

 

 

1) 1981 DeLorean DMC-12 - Back to the Future

 

back to future

 

 

Pemilik kereta yang memiliki kereta yang digunakan dalam filem-filem seperti di atas, nyata bertuah apabila harga nilaian cap hpi menunjukkan jumlah tinggi berbanding harga pasaran sewaktu ia berada dalam pasaran.

 

Sebagai contoh kereta Ferrari  250 GT California Spyder yang digunakan dalam filem Ferris Bueller’s Day Off misalnya bernilai Pound/GBP $6,326.00 pada tahun 1961. Kereta Aston Martin DB5 dalam filem James Bond pula bernilai lebih dari GBP/Pound $4,175 pada tahun 1963 James Bond pula bernilai GBP/Pound $4,175.00 pada tahun 1963.

 

Mengikut penilaian semasa, harga Ferrari 250 GT California Spyder boleh menjangkau GBP/Pound $1.75 juta (RM 9,456,828.50) manakala Aston Martin DB5 pula sebanyak GBP/Pound  $1 juta (RM 5,404,218.00).

 

Lamborghini Countach LP 4005 tahun 1980 pula bernilai GBP/Pound 275,000.00 (RM 1,486,102.20). Jika dibuat perkiraan penuh, harga anggaran keseluruhan koleksi boleh menjangkau GBP/Pound  $3,002,500.00 atau RM 16,224,554.38!.

 

Ia merupakan pelaburan yang sangat berbaloi dengan pulangan 99 kali lebih tinggi berbanding harga asal iaitu GBP/Pound $30,362.00 atau RM164,071.60.00 sahaja.

 

Menurut Philip Nothard, Editor konsumer dan runcit cpa hpi, “Ia tentu menyeronokkan untuk mengeluarkan senarai kereta ikonik yang membintangi filem sejak 50 tahun lepas dan mengetahui berapakah nilainya pada hari ini. Kereta yang tersenarai adalah koleksi klasik dan mempunyai nilai yang sangat tinggi pada hari ini.

 

Kereta DeLorean dari filem Back to the Future berada di senarai teratas kereta paling ikonik dan menariknya harga pasaran pada waktu itu lebih dari GBP/Pound $10,000.00 yang merupakan kereta paling mahal.

 

Berdasarkan harga semasa, DeLorean DMC-12 dianggarkan bernilai GBP/Pound $35,000.00 atau RM189,129.58! dan tentunya lebih 'rare' jika ia mempunyai Flux Capacitor (komponen perentas masa) di badannnya!  

 

 

*nilai pertukaran mata wang pada hari ini.

Penulis:Muhammad Md Tajudin