10 maut termasuk dua remaja dan seorang kanak-kanak dalam letupan stesen minyak di Ireland

oleh Penyumbang Rencana|
Pihak berkuasa Ireland melaporkan bahawa sepuluh orang, termasuk dua remaja dan seorang kanak-kanak, terbunuh dalam letupan pada Jumaat di stesen pengisian minyak di barat laut Ireland.


Polis Ireland berkata bahawa antara 10 yang maut di Donegal adalah empat lelaki, tiga wanita, seorang remaja lelaki, seorang remaja perempuan dan seorang lagi gadis yang lebih muda.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Sebelum ini pihak polis berkata hanya lapan orang yang telah cedera.


Letupan berlaku pada jam 3 petang waktu tempatan Ireland pada hari Jumaat di County Donegal di stesen minyak Applegreen di pinggir kampung Creeslough.

 

Selain stesen minyak, letupan itu turut meranapkan bumbung blok rumah pangsa dua tingkat berhampiran

 

Polis berkata mereka percaya ia adalah "kemalangan tragis," dan jumlah korban orang awam terbesar di rantau tersebut.


Superintendan David Kelly berkata: “Ini adalah tragedi kepada komuniti kami. 


“Kami ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat", katanya.


Perdana Menteri Ireland, Micheál Martin turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.


Punca letupan stesen minyak tersebut masih dalam siasatan. 

 

 

CNN

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki itu yang berada di pam nombor dua sedang membetulkan…
Berita Domestik
"Pemandu lori berusia 52 tahun itu kemudian turun daripada kenderaan tersebut dan menuju ke kaunter…
Berita Domestik
Shell Café menyediakan menu minuman menggunakan biji kopi gabungan Arabica dan Liberica, seperti…