10 motosikal paling popular di UK tahun 2018

oleh Mohamad Hanif|
Industri motosikal di UK sering menjadi tumpuan ramai kerana pasaran motosikal di sana sudah matang dan pengguna di sana menggunakan pelbagai genre kenderaan dua roda itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di bawah ialah senarai motosikal paling laku jualannya di UK.
 

10. Honda NSC 100 Vision


Siapa sangka skuter automatik menjadi pilihan ke-10 paling popular di negara maju itu.

Skuter mampu milik itu menjadi alat pengangkutan yang mudah, praktikal dan lasak untuk penggunanya di sana.
 

9. Piaggio Vespa


Vespa menjadi pilihan pengguna urban kerana prestasinya dan juga rekabentuk yang menarik untuk pengguna yang pentingkan gaya hidup yang stailo.

Model GTS 300 menjadi pilihan paling popular, diikuti dengan Primavera 125.


8. Yamaha NMAX 125


Mengejutkan kerana Hong Leong Yamaha juga ada menjual NMAX di sini, walaupun dengan enjin 150cc.

Ia mula popular sejak diperkenalkan di negara tersebut dan tahun 2018 melihat penjualannya terus meningkat.


7. Honda CB125F


Motosikal ini menjadi pilihan utama bagi institut memandu/menunggang di UK. 

Murah diselenggara, menjimatkan bahanapi dan paling penting, lasak untuk digasak oleh pelajar-pelajar institut memandu.
 

6. Kawasaki ZR900
 


Varian ini turut merangkumi model Z900 dan model retro Z900RS.

Cantik dan ditawarkan dalam harga yang berbaloi, tidak menghairankan kenapa siri ZR900 ini popular.


5. Kawasaki ZX1000
 


Seperti siri ZR900, ZX1000 turut dianggotai oleh model Z1000, ZX-10R dan juga model legenda supercharged Ninja H2.

Varian paling popular sebenarnya Z1000SX sports tourer dan Ninja H2 SX SE.
 

4. BMW S1000
 


BMW mempunyai beberapa model yang berasaskan platform enjin 1,000 cc 4-silinder sebaris.

Model paling popular ialah S1000XR Sport dan diikuti oleh S1000R Sport dan S1000RR Sport.


3. Triumph Tiger
 


Jenama British memang pastinya akan ada di dalam senarai ini setiap tahun.

Antara model-model di dalam siri Tiger termasuklah Tiger 800, Tiger 1200 dan Tiger 1050.
 

2. Triumph Bonneville


Konsep retro juga sangat popular di UK dan jenama Triumph menemukan resipi terbaik di dalam Bonneville.

Dua model utama ialah 900c Street Twin dan Thruxton R manakala model-model T120, Bobber Black dan Speedmaster menjadi penyokong genre ini.


1. BMW R1200


Meliputi pelbagai genre dan model, siri R1200 dengan enjin Boxer ini sering dilihat sebagai teraju utama dan ikon untuk BMW Motorrad.

Di UK, jualan R1200 GS mendahului kesemua adik-beradiknya dan nampaknya pilihan pengguna di sana juga sama dengan di Malaysia.

BMW R1200 GS ialah antara motosikal yang paling popular di kalangan pengguna motosikal besar tempatan.

Mungkin model R1250 GS yang bakal dilancarkan di Malaysia kelak akan menjadi kesinambungan kepada rekod ini.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Segmen tradisional atau lebih tepat lagi motosikal berenjin pembakaran dalaman di Vietnam kini…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…