1,000 nombor plat khas UC cecah RM3 juta telah terjual, kini dibuka kepada umum

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Universiti Malaysia Pahang (UMP) mencatatkan jualan siri nombor plat khas ‘UC’ mencecah RM3 juta sejak bidaan dibuka, 1 Februari lalu.


Sehingga hari ini hampir 1,000 nombor telah dibida dan terjual termasuk nombor-nombor yang berjaya ditender oleh staf, pelajar, individu dan syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengerusi Lembaga Pengarah UMP,  Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman yang juga Pengerusi Yayasan UMP berkata, orang masyarakat yang berminat mendapatkan plat nombor kenderaan khas ‘UC’ ini boleh mendapatkannya bermula hari ini. 

 

Beliau berkata, penjualan nombor pendaftaran khas itu susulan hasrat dan inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mahu semua universiti awam menjana pendapatan sendiri.

 

“Ia adalah sebahagian usaha Yayasan UMP meningkatkan sumber pendapatan untuk disalurkan untuk pelbagai program kebajikan bagi manfaat pelajar dan golongan memerlukan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Perancangan Program Belia dan Pelajar Negeri Pahang di Hotel Zenith Kuantan semalam.

 

Abdul Aziz berkata, pihaknya berharap agar warga UMP khasnya dan orang awam  dapat menyokong usaha tersebut. 

 

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada penender awam, pembeli termasuklah staf, alumni dan mahasiswa UMP yang memberi sokongan. 

 

Bagi mereka yang masih berminat untuk membeli nombor plat UC, boleh terus ke laman sesawang www.ucplat.com.my yang dikendalikan oleh Sekretariat jualan Aquatwo Sdn. Bhd.

 

Plat khas UC ini hanya boleh didaftarkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan juga Kuantan, Pahang bermula 1 Mac depan sehingga November 2024,” katanya. 

 

Plat UC telah diluluskan oleh JPJ kepada UMP. Kombinasi kedua huruf “UC” ini diambil bagi mewakili huruf “U”yang merupakan awalan perkataan UMP manakala “C”merupakan nombor pendaftaran kenderaan rasmi bagi negeri ini yang juga identiti Pahang.

 

 

 

Utusan 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Penjualan nombor pendaftaran kenderaan siri khas itu bermula pada 2019, dan bidaan bermula pada…
Berita Domestik
Susulan liputan SKSPS dinaikkan kepada 90 peratus daripada 80 peratus yang diumumkan kerajaan…
Berita Global
Plat tersebut merupakan salah satu daripada 49 nombor plat untuk direbut pada lelongan oleh jabatan…