Azam mendakwa operasi penguatkuasaan agensi berkenaan sejak kebelakangan ini dilihat semakin menindas pemandu dan pengusaha lori yang hanya mencari rezeki untuk keluarga mereka.
"Kami adalah pengusaha yang terbabit dalam sektor pengangkutan di Kelantan dengan secara tidak langsung turut berperanan dalam memajukan pertumbuhan ekonomi negeri.
"Sejak awal bulan ini, operasi penguatkuasaan yang dibuat semakin ketat sekali gus menjejaskan punca pendapatan kami.
"Kami menyerahkan tujuh tuntutan untuk dilihat oleh pengurusan atasan JPJ," katanya ketika ditemui.
Menurutnya, pihaknya memohon agar satu dialog terbuka antara wakil kerajaan dengan wakilnya dapat dibuat bagi mencari penyelesaian.
Katanya, memorandum yang diserahkan itu diharapkan dapat diambil perhatian oleh pengurusan atasan JPJ sekali gus tindakan sewajarnya dapat diambil.