Populariti SUV off-road itu nyata masih lagi kuat, di mana 1,000 unit terawal Land Cruiser itu habis terjual di Jerman dalam tempoh 30 minit sahaja.
Terdahulu, para pembeli yang berminat dijemput untuk melihat sendiri model Land Cruiser 2024 di Bush Taxi Meeting yang ke-20 pada September lepas, sebelum tempahan dibuka secara rasmi pada 21 Disember yang lalu.
Disebabkan kehabisan slot, pihak yang berminat dikehendaki mendaftar di dalam senarai menunggu.
Terdapat tiga trim yang bakal ditawarkan kepada pembeli, iaitu Executive, Tec dan First Edition, di mana pembahagian peruntukan untuk setiap trim tidak diberitahu secara rasmi.
Sebelum ini, Toyota telah mengesahkan varian Land Cruiser First Edition akan dihadkan sebanyak 3,000 unit untuk pasaran Eropah.
Toyota Land Cruiser 2024 untuk pasaran Eropah hanya ditawarkan secara eksklusif dengan enjin 2.8 liter diesel turbo (201 hp) yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.
Difahamkan versi diesel hibrid ringan 48-voltan akan menyusul pada tahun 2024.