104 orang dari 11 agensi terlibat latihan simulasi kemalangan di PLUS

oleh Penyumbang Rencana|
Suasana kemalangan di KM267.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan semalam merupakan lakonan bagi menjalankan latihan simulasi, melibatkan 11 agensi termasuk Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Simulasi kemalangan itu melibatkan sebuah lori tangki minyak, Perodua Myvi, Toyota Hiace dan ambulans. Seramai 104 orang terlibat dari 11 agensi dalam latihan selama 4 jam itu sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlaku insiden dan kemalangan di lebuh raya.

Sejak Januari hingga Oktober tahun ini, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) merekodkan sebanyak 10,407 kes kemalangan dengan 34 kes purata harian dan 144,505 kes kerosakan kenderaan dengan 475 kes purata harian.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, "Jika dilihat pada statistik, dari tahun ke tahun terdapat pengurangan jumlah kemalangan. Ini hasil kerjasama yang erat antara pihak PLUS dan agensi kerajaan."

"Untuk tahun hadapan, kita akan menumpukan cara mengurangkan kemalangan meibatkan kenderaan berat kerana impaknya yang besar".

Sumber: BERNAMA

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Stesen pengecasan pantas DC TNB Electron kini tersedia untuk digunakan di tiga lokasi berbeza yang…
Berita Domestik
  Beliau berkata cadangan projek yang dianggar melibatkan kos RM525 juta itu termasuk dalam…
Informasi
  Bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna lebuh raya, Plus mengeluarkan Jadual Cadangan…