10,500 k/tangan Perodua beri komitmen jadi pemandu berhemah di musim perayaan

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kira-kira 10,500 kakitangan Perodua di seluruh negara telah memberikan komitmen mereka untuk menjadi memandu secara berhemah dan bertanggungjawab semasa pulang menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang akan tiba tidak lama lagi, dalam usaha mencapai kemalangan sifar di sepanjang tempoh perayaan ini.

“Dengan jutaan rakyat Malaysia di jalan raya untuk perjalanan balik kampung, Perodua telah mempergiatkan Program Keselamatan Jalan Rayanya untuk memberi penekanan serius terhadap keselamatan di jalan raya.

“Sebagai syarikat yang mengutamakan insan, Perodua sangat prihatin terhadap keselamatan dan kesejahteraan para pekerjanya, pelanggan dan masyarakat,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
 


“Sejak pelancaran Program Keselamatan Jalan Raya jangka-panjang Perodua pada Oktober 2017, kami telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam mendidik dan memberi kesedaran, baik di dalam mahupun di luar Perodua,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Perodua telah mengadakan upacara pelepasan balik kampung untuk kakitangan di ibu pejabatnya di Sungai Choh, di mana Dato’ Zainal telah mengagihkan jaket keselamatan kepada kakitangan yang menunggang motosikal dan mengingatkan semua warganya untuk lebih berhati-hati di jalan raya semasa musim perayaan ini.

“Penunggang motosikal boleh dikatakan golongan pengguna jalan raya yang paling terdedah kepada bahaya. Oleh itu, kami telah memulakan Program Smart Riding di peringkat dalaman, di bawah mana semua kakitangan diwajibkan memakai jaket keselamatan yang disediakan semasa menunggang pergi dan pulang dari tempat kerja. Ini meningkatkan lagi tahap penglihatan pengguna jalan raya yang lain terhadap mereka.

“Turut diadakan di bawah program ini adalah kursus peringatan (refresher course) untuk kakitangan penunggang motosikal setiap dua tahun, bersama dengan ujian teori dan praktikal yang perlu mereka lulus untuk dibenarkan meletakkan motosikal mereka di kawasan yang telah ditetapkan,” kata Dato’ Zainal.
 


Disampaikan oleh jurulatih dalaman Perodua yang diiktiraf Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), kursus peringatan ini mengingatkan para penunggang motosikal mengenai undang-undang jalan raya dan kepentingan mematuhinya.

“Kami juga sentiasa mengingatkan kakitangan kami mengenai empat tunjang keselamatan jalan raya Perodua, iaitu memakai tali pinggang keledar, menggunakan isyarat membelok, menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak dan tidak menggunakan peranti mudah alih ketika memandu, selain mengamalkan Kiken Yochi (teknik meramal bahaya),” kata Dato’ Zainal lagi.

Perodua juga telah mengambil bahagian di dalam pelancaran kempen keselamatan jalan raya kerajaan peringkat kebangsaan baru-baru ini, di mana syarikat tersebut telah menjalankan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan percuma Tweckbot dan menyebarkan mesej keselamatan kepada para pengunjung.
 


Pada masa yang sama, Perodua telah mengagihkan 10 buah Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak ISOFIX GearUp kepada pengunjung secara rawak dan secara percuma, sebagai sebahagian daripada kempen kerusi keselamatan kanak-kanaknya yang sedang berjalan.

“Tweckbot merupakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan percuma 50-poin kami yang bertujuan menggalakkan para pelanggan kami untuk memeriksa kenderaan mereka secara kerap. Hampir 8,000 kenderaan telah diperiksa Tweckbot sejak kelahirannya pada 2011.

“Tweckbot akan sekali lagi menemui anda pada 22hb dan 23hb Jun di Giant Shah Alam bagi memastikan kenderaan Perodua anda dalam keadaan yang baik selepas pemanduan jauh anda.

“Kami percaya bahawa keselamatan itu hak semua, dan adalah satu kemestian. Kepada semua rakyat Malaysia yang akan pulang untuk beraya, buat perancangan dengan rapi, rehat secukupnya, periksa kenderaan anda dan pandulah dengan cermat, sabar dan berhemah. Selamat Hari Raya dan semoga perjalanan anda semua lancar dan selamat,” tambah Dato’ Zainal.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Prasarana dalam kenyataan memaklumkan pihaknya belum mengenal pasti tarikh, masa dan lokasi…
Berita Domestik
Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, pendekatan itu akan…
Berita Domestik
Pusat Komuniti Desa Mentari Seva di Petaling Jaya telah menerima perabot, komputer riba,…