12 syarikat konsesi tol setuju laksana sistem pembayaran terbuka - Menteri

oleh Mohamad Hanif|
12 buah syarikat konsesi lebuh raya dilapor bersetuju untuk melaksanakan sistem pembayaran tol terbuka bermula September ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi semasa melawat Pusat Pemantauan Trafik (TMC) di Persada PLUS, Subang baru-baru ini.

12 syarikat berkenaan adalah:
• Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE)
• Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP)
• Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
• Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
• Terowong SMART
• Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya (MEX).
• Lebuhraya Sungai Besi
• Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
• Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
• Lebuhraya Koridor Guthrie
• Jambatan Pulau Pinang
• Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)

Jelasnya, rundingan dengan syarikat konsesi lain masih dibuat dan berharap ada lagi yang tampil untuk bersama mengambil bahagian.

Nanta berkata perbincangan dengan syarikat konsensi mengambil masa yang lama kerana perlu meneliti risiko keselamatan yang akan ditanggung oleh pengguna kad kredit atau debit untuk pembayaran tol.

“Kita nak pastikan semua isu-isu keselamatan itu tidak berlaku jadi kita tidak boleh buat tergesa-gesa pelaksanaannya,” katanya.

Sistem pembayaran tol terbuka yang akan bermula pada pertengahan September ini adalah inisiatif kerajaan untuk memberikan pilihan cara pembayaran tol kepada pengguna selain daripada menggalakkan kaedah pembayaran secara  Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), kad Touch n Go dan SmartTag.

Mengenai usaha untuk menaik taraf beberapa laluan lebuh raya, Nanta berkata kerja-kerja awalan kini sedang dilakukan termasuk melebarkan laluan Lebuhraya Pasir Gudang dan Sedenak, Johor membabitkan peruntukan RM525 juta.

“Peruntukan adalah di bawah Belanjawan 2023 dan apabila telah diluluskan, kerja-kerja awal sudah dibuat dan kita serahkan pada PLUS untuk melaksanakan sepenuhnya,” kata beliau.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara lebuh raya yang sudah menyediakan perkhidmatan tersebut: • Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA…
Informasi
Kemudahan pembayaran baharu itu melengkapi perkhidmatan pembayaran sedia ada termasuk Touch 'n Go (…
Berita Domestik
    Selain itu, ia termasuk Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik…