13,000 pekerja American Airlines dijangka akan dihentikan perkhidmatan

oleh SALINA JALIL|
American Airlines Group Inc memberi amaran kepada 13,000 kakitangan bahawa mereka mungkin akan diberhentikan, kebanyakannya buat kali kedua dalam tempoh enam bulan.


Syarikat penerbangan itu berkata, perjalanan musim panas yang amat diharap akan meningkatkan perjalanan udara tidak menjadi kenyataan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ia diberitahu oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Doug Parker dan Presiden, Robert Isom dalam satu e-mel kepada pekerja.

 

Amaran itu dikeluarkan kurang seminggu selepas United Airlines Holdings Inc memberitahu 14,000 kakitangan bahawa jaminan pekerjaan mereka berada dalam bahaya.

 

Risiko pembuangan pekerja ini mencerminkan tinjauan lemah permintaan bagi perjalanan di tengah-tengah peningkatan kes COVID-19 di seluruh dunia dan sekatan lebih ketat oleh kerajaan.

 

Memandangkan proses vaksinasi masih di peringkat awal, penumpang penerbangan domestik adalah kurang daripada 40 peratus paras 2019.

 

Perjalanan antarangbangsa hanya kira-kira 15 peratus, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), pada Rabu.

 

"Setakat akhir 2020, kami percaya sepenuhnya terhadap jadual musim panas di mana kita akan menerbangkan semua pesawat syarikat dan memerlukan kekuatan pasukan sepenuhnya," kata Parker dan Isom.

 

"Malangnya, ia tidak lagi berlaku. Vaksin tidak diedarkan sepantas yang kami yakini, malah sekatan baharu ke atas atas perjalanan antarabangsa yang memerlukan penumpang diuji negatif COVID-19 telah menjejaskan permintaan."

 

Lima minggu pertama tahun ini, mereka berkata 'situasinya sama dengan hampir seluruh 2020'.

 

Saham American Airlines susut 1.7 peratus kepada AS$17.30 selepas dagangan di New York ditutup.

 

Saham syarikat itu menjunam 35 peratus dalam tempoh 12 bulan lalu, kemerosotan kedua terbesar indeks Standard & Poor's dalam kalangan sembilan syarikat penerbangan AS.

 

 

 

 

-Bloomberg/Berita Harian