134 kenderaan kemalangan akibat salji tebal

oleh SALINA JALIL|
Gambar dari Reuters
Sekurang-kurangnya 134 buah kenderaan terlibat dalam beberapa siri kemalangan di sebuah lebuh raya di Jepun susulan salji tebal yang melanda negara itu, pada hari Selasa.


Reuters melaporkan, kejadian yang berlaku sepanjang 1 kilometer di lebuh raya Tohoku, utara Miyagi itu telah menyebabkan satu kematian dan belasan tercedera, menurut pihak berkuasa Jepun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Walaupun pihak berkuasa menetapkan had kelajuan 50km sejam ketika keadaan salji menebal, namun undang-undang itu terbukti tidak cukup bagi mengelak insiden yang tidak diingini itu.

 

Menurut agensi pengurusan bencana, seramai 200 orang terbabit dalam kemalangan berantai berkenaan, yang menyaksikan sejumlah 12 mangsa telah dihantar ke hospital untuk tujuan rawatan.

 

Setakat hari Selasa, operasi menyelamat masih sedang dijalankan. Fenomena salji tebal luar jangkaan telah melanda beberapa lokasi di Jepun sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

 

 

Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun siapa sangka, ia sebenarnya amat sesuai untuk dijadikan sebagai sebuah jentera rali musim…
Berita Global
Bersempena dengan tahun baru 2022, BMW telah memuat naik sebuah video acah yang memaparkan BMW M3…
Berita Global
Keupayaan tersebut dibuktikan lagi menerusi video terbaharu yang diterbitkan oleh pengeluar…