147,000 Kia Seltos, Soul dipanggil semula di US akibat risiko enjin terbakar

oleh Mohamad Hanif|
Kia Motors telah memanggil semula kira-kira 147,249 unit kenderaan yang terdiri daripada Kia Soul (2020-2021) dan Kia Seltos (2021) di pasaran Amerika Syarikat berhubung risiko kebakaran enjin.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut National Highway Traffic Safety Administration, kempen terbaharu ini melibatkan kenderaan yang dilengkapi dengan enjin 2.0 liter Nu MPI, disebabkan cincin minyak omboh menjalani proses pemanasan (heat-treating) yang tidak sempurna.

Proses pemanasan yang tidak konsisten itu mampu menyebabkan cincin minyak menjadi terlalu keras mengakibatkan struktur luaran pecah, pelapik silinder tergores sekaligus menyebabkan kebocoran bahan api.

Ia mampu mengakibatkan penggunaan bahan api yang keterlaluan, menyebabkan bunyi bising yang tidak normal datangnya dari ruang enjin, dan dalam sesetengah kes ia mampu menyebabkan enjin kehilangan kuasa dan berhenti beroperasi.

Tambah NHTSA lagi, bahan api yang terbocor ke atas komponen ekzos yang panas mampu meningkatkan risiko kebakaran enjin.

Untuk menyelesaikan isu ini, Kia akan memeriksa dan menggantikan komponen yang terjejas, dan dalam kes yang tidak dapat dielakkan pemilik mungkin bakal menerima satu unit enjin baharu tanpa sebarang kos tambahan.

Kia juga akan memasang sistem penderia kebisingan cincin omboh bagi memberikan amaran kepada pemandu berhubung isu terbaharu ini.

Sumber: NHTSA

Berita Berkenaan

Berita Global
  Daripada jumlah tersebut, model paling laris ialah Sportage dengan jumlah 452,068 unit! …
Berita Global
Setelah beberapa tahun di pasaran global, Kia akhirnya mendedahkan kemaskini berbentuk facelift…
Berita Global
Disebabkan permintaan yang kian meningkat, Hyundai baru-baru ini menawarkan sebuah SUV tiga baris…