15 Fakta berkenaan Enzo Ferrari mungkin anda tidak tahu

oleh Mohamad Hanif|
Siapa yang tidak kenal The Prancing Horse, atau Kuda Itali Ferrari yang menjadi idaman setiap petrolhead semenjak dari kecil, sehinggakan ada di antara kita yang sanggup mencari wallpaper kereta Ferrari untuk ditampal di dinding sewaktu zaman belajar dulu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, tidak ramai yang tahu fakta dan rahsia di sebalik salah seorang daripada pereka terhebat, pengeluar dan ahli perniagaan Enzo Ferrari, insan di sebalik jenama Kuda Itali.

Malah, setiap satu supercar Ferrari memiliki keistimewaan yang tersendiri, seperti contoh Ferrari 250 GTO atau jentera Enzo Ferrari, dan anda akan faham kenapa setiap satu keretanya tidak dihasilkan untuk semua orang.

Berikut merupakan beberapa fakta yang mungkin anda tidak pernah dengar berkenaan Enzo Ferrari dan empayar kereta sports yang membawakan nama beliau sehingga ke hari ini:
 

Enzo Ferrari bermula dari Alfa Romeo


Sejarah Enzo Ferrari bermula apabila beliau berlumba untuk Alfa Romeo pada usia 20 tahun dan berjaya mengalahkan jenama-jenama seperti Mercedes dan Auto Union di atas litar.

Pada tahun 1938, Enzo meninggalkan Alfa Romeo untuk memulakan syarikat kereta tersendiri dan selebihnya tinggal menjadi sejarah Ferrari sehingga kini.

 

Ferrari Enzo - 400 unit dibina


Ferrari Enzo merupakan kesinambungan kepada cerita kejayaan Ferrari apabila ia diiktiraf sebagai salah sebuah supercar dengan teknologi paling maju (pada ketika itu).

Hanya 400 unit sahaja dibina, dan kurang daripada satu dozen ditawarkan dalam warna hitam.

Malah, unit terakhir Ferrari Enzo yang dihasilkan telah didermakan kepada paderi pada tahun 2004.

 

Ferrari bukan sekadar jenama supercar


Jenama Ferrari bukan sahaja sebuah jenama yang menjual barisan kenderaan pantas, malah ia juga turut diperluaskan kepada penjualan barangan mewah yang merangkumi pakaian, wangian cologne, jam tangan dan beberapa model skala.

Dan percayalah, di sinilah Ferrari banyak meraih keuntungan daripada hasil penjualan barangan tersebut selain daripada menjual supercar.

 

Ford v Ferrari - impian Ford yang tidak kesampaian


Seperti yang diabadikan dalam filem Ford v Ferrari, Henry Ford mahu membeli Ferrari pada tahun 1963 dengan tawaran bernilai $18 juta, namun impian tersebut tidak kesampaian.

Kini, 90 peratus daripada pegangan Ferrari dimiliki oleh Fiat.

 

Ferrari memiliki litar tersendiri


Sebagai sebuah syarikat yang membangunkan supercar dan jentera lumba, Ferrari memiliki litar lumba yang tersendiri, Pista di Fiorano berjarak hampir 3 kilometer yang digunakan untuk menguji keupayaan setiap satu supercar yang dihasilkan.

 


Ferrari antara jenama automotif teratas


Ferrari kini berdiri sebagai salah sebuah syarikat automotif yang paling dipercayai dalam segmen supercar high-end dan tiada siapa mampu menggugat kedudukan Ferrari disebabkan tahap eksklusiviti yang tersendiri.

Malah, tindakan Ferrari mengurangkan kadar produksi bukanlah disebabkan penjualan yang rendah, akan tetapi untuk mengekalkan eksklusiviti kenderaan mereka.

 

Enzo amat menghargai para pemandu Ferrari


Masih ingat Michael Schumacher?

Pemandu Formula One pasukan Scuderia Ferrari Marlboro dari tahun 1997-2006 dan berjaya meraih kemenangan berturut-turut di sepanjang karier beliau.

Enzo Ferrari amat menghargai setiap pemandu Ferrari yang berkhidmat malah Michael Schumacher pernah menjadi ahli sukan dengan gaji yang paling mahal pernah dibayar ketika berlumba dengan Ferrari!


Ferrari pada awalnya tidak berniat menghasilkan jentera jalanan


Tumpuan Enzo Ferrari cuma satu, menghasilkan jentera lumba supercar dan hypercar dengan teknologi termaju.

Namun, apabila mengalami masalah dan aliran kewangan mula terganggu, Enzo mula menumpukan perhatian menghasilkan kereta yang boleh dipandu secara halal di atas jalan (street-legal) supaya beliau memperoleh wang semula untuk kegunaan pasukan lumbanya.

 

Ferrari 250 GTO pecah rekod bidaan


Ferrari 250 GTO memiliki jangka hayat yang singkat, namun kehadirannya membuatkan nilai kenderaan ini semakin meningkat.

Rekod terdahulu dibuat ketika di rumah bidaan RM Sotheby di California apabila 250 GTO 1962 ini terjual pada harga $48.8 juta.

Namun, sebuah lagi unit 250 GTO yang dibuat pada tahun 1963 berjaya dijual kepada seorang ahli perniagaan dengan harga $70 juta, menjadikannya kereta paling mahal didunia.

Selain memenangi beberapa buah perlumbaan berprestij, kereta dengan layangan warna perak ini tidak pernah sekali-kali mengalami kemalangan sepanjang hayat menjadikan ia sebuah unit yang sangat berharga untuk dimiliki.

 

Enzo Ferrari ada banyak 'musuh'

petikan filem Ford v. Ferrari

Sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya, tidak menghairankan apabila susuk tubuh itu menjadi insan yang dibenci sepanjang hayatnya.

Henry Ford, Ferrucio Lamborghini dan Carrol Shelby merupakan antara insan yang membenci kehadiran Enzo Ferrari.

 

Ferrari masih tiada SUV dan sedan (sehingga kini)


Matlamat Ferrari adalah untuk menghasilkan jentera lumba, dan semenjak daripada itu mereka tidak pernah tersasar daripada matlamat asal.

Namun, ia bakal berubah sedikit masa lagi apabila beberapa laporan kini menyebut Ferrari bakal memperkenalkan sebuah crossover, Ferrari Purosangue menjelang tahun hadapan.

 

Ferrari masih muda


Jika dibandingkan dengan beberapa syarikat automotif yang lain seperti Maserati, Lancia, Alfa Romeo dan FIAT, Ferrari sebenarnya masih lagi muda.

Ferrari hanya ditubuhkan pada tahun 1939, bermula daripada divisyen perlumbaan Alfa Romeo, Auto Avio Costruzioni, hanya pada tahun 1947 Ferrari diiktiraf dengan kehadiran model pertama berlogokan Ferrari siap.

 

Tiada dua Ferrari yang memiliki spesifikasi yang sama keluar dari kilang


Sama seperti pengeluar kereta-kereta eksotik dan berkuasa, Ferrari juga turut gemar menghasilkan beberapa jenis model edisi terhad sehinggakan sukar untuk menghafal setiap satu model yang dihasilkan.

Apatah lagi spesifikasi setiap model Ferrari yang dihasilkan adalah unik untuk setiap pembelinya.

 

Enjin Ferrari turut laku!


Terbukti di atas jalan raya menerusi setiap model Ferrari yang dihasilkan, enjin Ferrari juga sebenarnya turut laku sehinggakan beberapa pengeluar mahukan magik Enzo pada kenderaan mereka.

Sebut sahaja pengeluar seperti FIAT, Maserati, malah Alfa Romeo juga turut menggunakan khidmat enjin Ferrari pada model-model berprestasi tinggi mereka.
 

Enzo Ferrari, aerodinamik dan Ferrari F40


Enzo Ferrari pernah menyatakan satu baris ayat, "Aerodinamics are for people who can't build engines" ketika perlumbaan Le Mans 1960.

Harus diingat, ayat tersebut muncul pada era di mana tiada siapa yang mempercayai aspek aerodinamik di dalam perlumbaan.

Namun, hasil akhir Enzo Ferrari adalah menerusi model Ferrari F40 di mana ia merupakan kereta dengan tahap aerodinamik yang paling efisien ketika ia mula diperkenalkan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Informasi
Pada tahun 2016, Ferrari mendakwa ia mempunyai jumlah pelanggan tiga kali lebih ramai daripada…
Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…