15 GR Corolla Morizo Edition masih belum dijual di US, tiada perancangan untuk model tahun 2024

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu laporan terbaharu daripada laman Carscoops, Toyota Amerika Utara merancang untuk menghentikan penjualan model hot hatch tegar Toyota GR Corolla Morizo Edition pada tahun hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Daripada jumlah 200 unit yang diperuntukkan untuk sepanjang tahun, hanya 181 unit sahaja yang telah terjual, dan ini bermakna tinggal 19 unit sahaja GR Corolla Morizo Edition yang belum berpunya.
 

GR corolla


Namun begitu, wakil jurucakap Toyota memberitahu jumlah sebenar yang tinggal hanyalah sekitar 15 unit sahaja, berkemungkinan besar baki empat unit tersebut digunakan untuk kegunaan dalaman Toyota, seperti kereta pandu uji untuk media.

Tidak seperti GR Corolla standard, GR Corolla Morizo Edition membawakan talaan enjin yang lebih berkuasa (300 hp/400 Nm) berbanding angka asal 300 hp/370 Nm.

Selain itu, ia turut menjalani pengurangan berat badan seperti membuang kerusi belakang, pembesar suara, unit regulator tingkap belakang, serta motor untuk penyeka kaca di bahagian belakang.
 

GR Corolla


Dengan program diet tersebut, GR Corolla Morizo Edition mempunyai berat kurang 45 kg berbanding model Circuit Edition.

Tempat kosong yang ditinggalkan oleh GR Corolla Morizo Edition akan diisi dengan kehadiran varian Premium yang menambah ciri seperti pembeza gelincir terhad, trim suede, tempat duduk dengan fungsi pemanas, serta sistem bunyi yang lebih sedap didengari.

Baca: Toyota GR Corolla Morizo Edition 2024 - hot hatch tanpa kerusi belakang, 300 hp, 400 Nm!

Baca: Harga jualan GR Corolla Morizo Edition di USA

Baca: Toyota GR Corolla Circuit Edition 2024

Baca: Toyota GR Corolla rasmi di Malaysia

Sumber: Carscoops