15 ribu blok Lego digunakan untuk Panigale V4 R ini!

oleh HEZERI SAMSURI|
Ducati Panigale V4 R memang antara motosikal yang diidam oleh ramai, dan kali ini, Lego menghasilkan varian mereka sendiri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menggunakan sebanyak 15,000 blok Lego Technic, pembinanya, Riccardo Zangelmi dan pasukannya telah mengambil masa 400 jam untuk model Ducati Lego saiz sebenar ini.

Tidak seperti binaan Lego gergasi lain, Zangelmi tidak menggunakan gam pelekat untuk projek ini. Ia bermakna Zangelmi boleh membuka Panigale Lego ini untuk dipasang di tempat lain.

Ia juga bermakna jika ia terjatuh, ia boleh pecah berderai. 

Unit Lego ini sebenarnya dibina di atas unit asal Ducati tersebut, bermakna hanya cover set ia sahaja datang dalam bentuk blok Lego. Enjin dan kerangka masih lagi asli. Tidak pasti blok Lego itu akan tahan panas enjin tersebut jika ia dihidupkan.

Sekiranya anda mempunyai Panigale V4 R, jangan risau. Versi Lego ini 8 kg lebih berat dari Panigale V4 R sebenar anda.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Acara WDW itu telah memasuki edisi ke-12 pada tahun ini dan akan mengambil tempat di Litar…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…
Berita Global
  Panigale ini model penghormatan terbaharu selepas Panigale V4 25° Anniversario 916 dan dibawa…