150 operasi, 4,169 saman berkait mat rempit di Pulau Pinang setakat April

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sejumlah 4,169 saman dikeluarkan pihak berkuasa membabitkan masalah rempit di seluruh Pulau Pinang tahun ini setakat April lalu.

EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen berkata, 150 operasi dijalankan sepanjang tempoh itu membabitkan 14 lokasi 'panas' yang dikenal pasti.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

"Antaranya Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, bulatan Bayan Baru, Jalan Tun Dr Awang, Padang Kota Lama, Lingkaran Luar Butterworth, Lebuh Raya Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) Sama Gagah dan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

"Lokasi lain Jalan Bukit Gambir, Jalan Mayang Pasir, Jalan Sultan Azlan Shah, Butterworth-Kulim Expressway (BKE) dan Taman Ilmu yang terletak di Seberang Perai Selatan.

"Dalam hal ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan operasi secara bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pihak Berkuasa Tempatan," katanya.

Daniel (DAP-Padang Lalang) berkata demikian menjawab isu masalah rempit serta perlumbaan haram yang dibangkitkan Phee Syn Tze (DAP-Sungai Puyu) dan Mohamad Shukor Zakariah (PAS-Pulau Betong) dalam ucapan penggulungan Mesyuarat Pertama Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ke-15 di Pulau Pinang pada Rabu.

Beliau dalam perkembangan sama menegaskan semua pihak memandang serius dan komited berganding bahu dalam usaha mengekang dan membanteras masalah membabitkan mat rempit atau samseng jalanan.

"Ini termasuk pemeriksaan premis kedai yang mengubah suai motosikal dan lain-lain penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang selain mengadakan operasi bersepadu setiap hujung minggu, rondaan trafik serta sekatan jalan raya," jelasnya.

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kami ingin menarik perhatian penduduk yang berkaitan dengan isu mat rempit, terutamanya di…
Berita Domestik
“Dalam pada itu, sebanyak 195 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.” katanya dalam…
Berita Domestik
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian kemalangan itu berlaku pada jam 10.36 malam…