156 penunggang motosikal disaman, seorang anggota polis cedera dirempuh

oleh SALINA JALIL|
Lebih 200 saman dikeluarkan kepada 156 penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan dilakukan mereka dalam satu operasi khas dan seorang anggota polis cedera pada bahagian kaki akibat dirempuh ketika cuba menahan penunggang motosikal yang bertindak meloloskan diri dari sekatan Ops Khas Motosikal di Jalan Tanjung Lumpur di Kuantan pada malam Sabtu.


Anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah berpangkat sarjan berusia 46 tahun itu dilaporkan patah pergelangan kaki dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, penunggang terlibat (suspek) berjaya meloloskan diri dan usaha mengesannya sedang dijalankan.
 

 

Menurutnya, dalam operasi itu, seramai 161 individu berusia 18 hingga 35 tahun ditahan bersama 156 motosikal untuk diperiksa.

 

"Hasil pemeriksaan, sebanyak 218 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

 

"Kesalahan nombor plat mencatatkan jumlah paling tinggi dengan 90 kes diikuti tiada cermin sisi (47), ubah suai motosikal (33), tiada lesen (24), ekzos bising (16) dan lain-lain kes (8).

 

"Sebanyak 31 motosikal disita di bawah Sek 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan seperti ubah suai ekzos, tiada nombor pendaftaran, nombor plat fancy dan menunggang tanpa lesen," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

 

Mohamad Noor berkata, daripada keseluruhan kenderaan diperiksa, tiada kenderaan curi dan individu dikehendaki dikesan sepanjang ops tersebut dijalankan.
 

 

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebelum itu, video klip memaparkan aksi mereka meniarap di atas motosikal sambil meluruskan kedua-…
Berita Domestik
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Mohd Sapri…
Berita Domestik
Kesemua penunggang motosikal itu ditahan dalam operasi kira-kira jam 3 pagi yang dijalankan…