16 lif, 46 eskalator di stesen LRT, Monorel tidak berfungsi - Anthony Loke

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Wapcar
Laporan audit yang diterima daripada Prasarana Malaysia Berhad mengesahkan banyak kemudahan di stesen LRT dan Monorel masih tidak berfungsi sehingga hari ini, menurut laporan Astro Awani.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu kenyataan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan semua lif di 16 stesen monorel sekitar Lembah Klang masih tidak berfungsi, diikuti 46 unit eskalator (daripada jumlah keseluruhan 706) dan 664 unit lampu yang masih tidak berfungsi serta terdapat masalah kebocoran dikesan di 17 buah lokasi.

Berdasarkan angka tersebut, beliau tidak berpuas hati dengan masalah dibangkitkan.

Jelasnya, usaha sedang dilakukan untuk membaiki dan mengganti kemudahan yang rosak, namun bagi perkhidmatan lif di stesen-stesen monorel, proses perolehan sedang berjalan dan hanya akan diberikan tender pada Februari 2023.
 

monorel


"Pada waktu sekarang, semua petugas dan polis bantuan telah diarahkan untuk beri bantuan kepada penumpang OKU (orang kurang upaya) untuk naik tangga dan sebagainya.

"Kalau yang naik kerusi roda, petugas akan usung naik ke stesen. Saya tahu ia tidak selesa dan saya amat memahaminya. Kita akan cuba percepatkan penambahbaikan di lif tersebut.

"Ketika ini, kita tiada pilihan selain minta polis bantuan untuk bantu OKU yang menggunakan perkhidmatan di stesen itu," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Prasarana, di sini, pada Khamis.
 

LRT


Dalam pada itu, Anthony Loke berkata, Kementerian Pengangkutan juga menjangkakan kekerapan tren Transit Aliran Ringan (LRT) akan berkurang kepada tiga minit pada suku ketiga tahun depan berbanding lima minit sekarang.

Jelasnya, hanya 38 tren beroperasi di laluan Kelana Jaya pada waktu ini dan untuk membolehkan kekerapannya turun kepasa tiga minit, ia memerlukan 48 tren untuk beroperasi dalam satu masa.

Katanya lagi, Prasarana mempunyai 56 tren untuk laluan tersebut, namun, 18 daripadanya sedang diselenggara.

"Jangkaan kita 56 set menjelang suku ketiga 2023. Bermula sekarang kita akan cuba tambah tren supaya kekerapan itu dapat ditambah.

"Tapi dalam tempoh ini kita tidak dapat berikan komitmen tiga minit, kekal lima minit tapi tidak bermakna kekerapan lima minit itu statik.

"Kita akan tambah kekerapan secara berkala dan kita akan kurangkan kepada tiga minit menjelang suku ketiga 2023," ujarnya.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Inisiatif ini dilihat mampu menjadi penyelesai kepada masalah hubungan perbatuan terakhir yang…
Berita Domestik
Stesen LRT yang terlibat ialah Stesen Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan juga…
Berita Domestik
Laporan Malaysian Insight memetik kata-kata ketua pegawai eksekutif kumpulannya, Mohad Azharuddin…