164 McLaren Artura dipanggil kembali akibat masalah kebocoran bahan api

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa bulan yang lalu, CEO baharu McLaren Michael Leiters menghentikan sementara penghantaran supercar hibrid Artura disebabkan mahu menyelesaikan masalah kualiti yang berbangkit.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Isu tersebut kian meruncing apabila agensi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) mengumumkan kempen panggil semula melibatkan 164 unit Artura yang baharu sahaja dilancarkan pada tahun lalu.

Masalah tersebut berpunca daripada nat yang digunakan pada sistem saliran bahan api bertekanan tinggi yang dikatakan boleh longgar dan menyebabkan kebocoran bahan api.
 

artura


Dengan suhu operasi yang tinggi, kebocoran ini mampu mencetuskan insiden kebakaran.

Menurut laporan Automotive News, kurang daripada 50 unit McLaren Artura yang telah dihantar kepada pemilik masing-masing, di mana selebihnya merupakan unit pandu uji media dan unit demo yang boleh didapati di kebanyakan pengedar di sekitar Amerika Syarikat.

Michael Leiters turut mengakui Artura merupakan satu produk pra-matang, namun beliau menjelaskan pihaknya telah menurunkan angka produksi hingga sifar kereta untuk setiap hari demi memastikan masalah kualiti tersebut diselesaikan dengan baik.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sepuluh tahun dan menggunakan nadi hibrid, McLaren P1 menjadi mercu tanda buat McLaren dan…