199,556 unit kenderaan terjual pada bulan April, penurunan 12.3%

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Jualan kenderaan pada April lalu menurun 12.3 peratus berbanding bulan sebelumnya daripada 63,878 unit kepada 57,912 unit.


Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam kenyataannya baru-baru ini berkata, ia berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Selain itu, katanya, kekurangan cip komputer turut memberi impak kepada jualan beberapa jenama pada bulan tersebut.

 

Kata persatuan itu, trend penurunan jualan kenderaan diramal berterusan pada bulan ini selepas mencatatkan peningkatan memberangsangkan pada Mac.

 

“Jumlah jualan pada Mei dijangka lebih rendah berbanding April disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang memberi kesan kepada perniagaan dan aliran trafik ke bilik pameran.

 

“Selain itu, bulan bekerja yang lebih pendek disebabkan cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri dan kekurangan cip komputer akan terus memberi kesan kepada jualan beberapa jenama,” katanya.

 

Kenderaan penumpang mencatatkan 52,628 unit jualan pada April manakala kenderaan komersial 5,284 unit.

 

Dari segi penghasilan, kenderaan penumpang merekodkan 47,764 unit manakala kenderaan komersial 3,626 unit.

 

Jumlah jualan keseluruhan kenderaan penumpang sepanjang tahun setakat April adalah sebanyak 179,096 manakala kenderaan komersial 9,548 unit, menjadikan keseluruhan jualan kenderaan pada tempoh tersebut sebanyak 199,556 unit.

 

Menurut MAA, jumlah tersebut ialah 89 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu yang mencatatkan 105,424 unit jualan.

 

“Ia berikutan pelaksanaan PKP pada pertengahan Mac sehingga April 2020,” katanya.

 

 

 

 

Utusan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
Menurut data daripada penyelidik yang berpangkalan di Seoul, Carisyou dan Kementerian Perdagangan…