20 fakta mengenai kisah terbaru AES yang anda mahu tahu

oleh Shahrim Tamrin|
Isu AES masih tidak selesai dan terbaharu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kerajaan akan membayar balik RM555 juta kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) secara berperingkat.

Bayaran itu dilakukan kerana kerajaan akan mengambil alih projek itu dari LTAT, yang mengambil alih AES dari dua syarikat vendor terawal.

Ia satu jumlah yang sangat besar

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di sini kami senaraikan 20 fakta yang anda perlu tahu akan isu AES sekarang.
 

  • Anda tidak perlu bayar saman AES bermula hari ini hingga 31 Ogos jika anda tidak mematuhi undang-undang jalanraya di kawasan AES
     
  • Mulai 1 September, Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan tidak akan bertolak ansur dengan menjalankan penguatkuasaan tegas dan tiada lagi penghapusan untuk saman AES
     
  • AES yang mula diperkenalkan pada 23 September, 2012 telah pun mencatatkan jumlah saman terkumpul sebanyak 3.76 juta sehingga awal Jun tahun ini
     
  • Sebanyak 3.1 juta saman yang masih belum dibayar hingga hari ini
     
  • Sekitar 18% atau hanya 676,800 saman telah dijelaskan daripada keseluruhan jumlah saman terkumpul
     
  • Saman-saman AES telah tidak laku sejak enam tahun lalu kerana JPJ tidak dapat senarai hitam pesalah degil selepas Pejabat Peguam Negara telah bertindak membekukan pendengaran kes-kes AES di mahkamah semenjak Disember 2012
     
  • Tiada pemulangan wang atau rebat diberikan kepada rakyat yang telah mejelaskan saman AES walaupun Kerajaan telah melupuskan saman-saman yang tertunggak
     
  • Hari ini, Kerajaan sanggup berkorban untuk tidak memperolehi pendapatan hampir setengah billion ringgit untuk setiap RM150 satu saman (selepas penurunan)
     
  • Pada asalnya denda minima untuk saman AES adalah RM300 dan pada 11 November 2016, menurunkan nilai minima saman kepada RM150
     
  • Kerajaan sanggup melepaskan pendapatan hampir kepada 1 billion ringgit jika mengikut kepada nilai saman (asal) minima sebanyak RM300 untuk setiap saman AES di bawah undang-undang sedia ada
     
  • Pada permulaan projek perintis AES, 14 kamera telah mula dipasang dengan 10 adalah statik dan 4 dengan kamera mudah alih

  • Kontroversi dan rasa tidak puas hati orang ramai berlaku kerana tanggapan mereka bahawa saman-saman tersebut dikeluarkan oleh dua syarikat swasta – ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd – yang membangunkan sistem pengawasan elektronik tersebut semenjak ia bermula dengan menggunakan dua jenama kamera dan sistem berteknologi tinggi iaitu jenama Redflex keluaran Australia oleh Beta Tegap dan Jenoptik Robot dari Jerman oleh ATES
     
  • Namun apa yang tidak diketahui orang ramai adalah saman-saman AES sebenarnya dikeluarkan oleh pegawai-pegawai JPJ di bilik khas operasi JPJ di Pusat Kawalan Sistem Elektronik yang bertempat di Lembah Subang dan Glenmarie
     
  • Semenjak fasa perintis, Kerajaan tidak mengeluarkan satu sen untuk membangunkan sistem AES tetapi sebaliknya dua syarikat swasta mengeluarkan segala perbelanjaan
     
  • Pada permulaan fasa perintis, sebanyak RM16 disalurkan untuk setiap nilai saman kepada dua syarikat pengendali sistem AES menurut model kewangan yang dirumus sejak 2009 di mana telah menimbulkan bantahan orang ramai
     
  • Pada 2015, kerajaan menerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Boustead Holdings Berhad telah mengambil alih sistem AES menerusi pampasan sebanyak RM295 juta kepada ATES dan RM260 juta kepada BetaTegap
     
  • Dua perjanjian konsesi untuk projek AES dengan ATES dan Beta Tegap akan tamat pada 31 Ogos 2018 dan kerajaan bersetuju untuk tidak akan sambung kontrak
     
  • Hanya dua kesalahan yang dikuatkuasakan di bawah AES iaitu memandu melebihi hadlaju; dan tidak mematuhi lampu isyarat
     
  • Terdapat dua undang-undang yang menghukum pesalah trafik AES iaitu Seksyen 79 (2) untuk tidak mematuhi isyarat hadlaju (papantanda) dan Seksyen 79 (2) untuk tidak mematuhi isyarat lampu isyarat. Kedua-dua undang ini menetapkann denda minimum sebanyak RM300 dan maksima RM2000
     
  • Sehingga ke hari ini, 45 kamera telah dipasang di seluruh negara menerusi sistem ‘hardware’ AES terbaru dan 2 lagi akan dipasang kelak

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata hal ini kerana kajian yang…
Berita Domestik
Bermula dengan hanya 14 unit kamera, sistem AWAS kini terdapat lebih daripada 40 lokasi di seluruh…
Berita Domestik
Roads.sg mendakwa bahawa ia dilakukan mungkin kerana "mereka hendak lari dari ditangkap oleh kamera…