20 jemaah umrah terbunuh, puluhan cedera akibat kemalangan

oleh Penyumbang Rencana|
Gambar Twitter @AlArabiya_KSA
Seramai 20 jemaah umrah terbunuh sementara puluhan lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas melanggar jambatan di Arab Saudi.


Media-media tempatan melaporkan, insiden berkenaan berlaku di sebuah daerah di wilayah selatan ketika bas berkenaan dalam perjalanan membawa jemaah ke Mekah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

 

Menurut laporan portal berita Arab News yang memetik stesen televisyen El-Ekhbariya, kemalangan itu berlaku sekitar pukul 4 petang di Aqabat Shaar.

"Mengikut maklumat awal yang diterima, jumlah kematian kemalangan ini mencecah 20 orang dan jumlah kecederaan kira-kira 29 orang," kata El-Ekhbariya, saluran televisyen kerajaan.

Berdasarkan laporan pihak berkuasa, kemalangan berpunca akibat brek bas berkenaan yang bermasalah sehingga menyebabkan berlanggar jambatan, terbalik sebelum terbakar.

Pihak berkuasa juga memaklumkan, kesemua mangsa kemalangan itu mempunyai kewarganegaraan berbeza namun tidak memperincikan dan identiti mereka.

Laporan itu memaklumkan kemalangan berpunca bas mengalami masalah tanpa menyatakan secara lanjut.

Kemalangan merupakan cabaran berterusan untuk membawa jemaah secara besar-besar dengan selamat ke Mekah dan Madinah iaitu dua bandar paling suci umat Islam yang terletak di Arab Saudi.

Insiden berkenaan berlaku pada minggu pertama Ramadan ketika jutaan umat Islam sedang memberikan tumpuan pada ibadah umrah iaitu hanya beberapa bulan sahaja lagi sebelum jutaan jemaah menunaikan haji iaitu rukun Islam kelima.

Video di bawah:

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…