20 model Hot Wheels termahal di US (2018)

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Siapa tak kenal Hot Wheels, mainan kereta yang digilai bukan sahaja oleh anak-anak, tetapi bapa-bapanya sekali.

Hot Wheels juga antara penyebab negara Malaysia terkenal kerana kebanyakan mainan itu dibuat di kilang Mattel di Pulau Pinang dan dieksport ke seluruh dunia.

Tahun ini Hot Wheels menyambut ulang tahunnya yang ke 50 dan majalah automotif Car and Driver telah menemuramah Bruce Pascal, antara peminat model kereta Hot Wheels terkemuka di US dengan lebih dari 3,500 buah model mainan itu di dalam koleksinya.

Di bawah ialah 20 model Hot Wheels yang menurut Bruce, antara yang termahal di dunia kerana status "rare" mereka.

 

 

20. 1974 Pink Superfine Turbine - US$2,500 (RM10,450)

Direka oleh Larry Wood, Superfine Turbine ialah antara tiga corak baharu yang dilancarkan dalam tahun 1973. Ia kemudian dihasilkan semula dalam tahun 2010.

 

 

19. 1974 Magenta Rodger Dodger dengan kemasan dalaman warna putih - US$2,500 (RM10,450)

Dikeluarkan pertama kalinya dalam tahun 1974, kebanyakan model Rodger Dodger datang dengan kabin berwarna hitam. Jika anda memiliki kemasan dalam dengan warna putih seperti di dalam gambar di atas, itu memang "rare".

 

 

18. 1968 Brown Custom Camaro - US$3000 (RM12,543)

Model Camaro tidak asing lagi dengan Hot Wheels tetapi Camaro warna coklat dengan kabin warna putih dari siri Sweet Sixteen ini adalah yang sangat jarang ditemui. Ada pengumpul yang mendakwa model ini hanya digunakan untuk dipamerkan di kedai sahaja.

 

 

17. 1968 White Custom Camaro - US$3000 (RM12,543)

Model Camaro putih Enamel ini dipercayai model Hot Wheels pertama yang diambil terus dari lukisan pereka dan terus ke kilang pengeluaran. Ia digunakan sebagai prototaip tetapi kesilapan di bahagian pengeluaran menyebabkan ada yang termasuk ke dalam kotak dan dihantar ke kedai untuk dijual.

 

 

16. 1977 White Z-Whiz - US$3000 (RM12,543)

Ini ialah kereta Jepun pertama yang dijadikan model Hot Wheels. Model Datsun Z-car-inspired Z-Whiz itu mula dijual dalam tahun 1977.

 

 

15. 1974 Blue Rodger Dodger - US$3000 (RM12,543)

Model warna biru ini mempunyai jumlah pengeluaran yang sangat sedikit, menjadikan ia sangat jarang untuk dijumpai.

 

 

14. 1969 RedBaron with White Interior - US$3500 (RM14,633)

Model popular dan lagenda Hot Wheels, ia telah diulang pengeluaran beberapa kali sejak berpuluh tahun dulu. Model dengan kabin berwarna putih ini sangat jarang ditemui kerana selalunya warna dalaman ialah hitam.

 

 

13. 1972 Green OpenFire - US$4000 (RM16,724)

OpenFire ialah sebuah AMC Gremlin yang dipanjangkan. Ia direka oleh Paul Tam dan ya, model ini juga tidak banyak dihasilkan, menjadikan status "rare" mainan hijau ini cukup tinggi.

 

 

12. 1971 Red Olds 442 with Black Interior - US$4000 (RM16,724)

Model Olds 442 dengan warna dalam merah dan hitam ini dipercayai adalah unit-unit pra-pengeluaran. Ramai yang juga percaya cuma ada 15 unit sahaja yang tinggal.

 

 

11. 1968 Pink Beatnik Bandit - US$5000 (RM20,905)

Model 1968 Beatnik Bandit ini adalah salah satu dari siri pertama Sixteen Hot Wheels dalam tahun 1968. Ia diasaskan oleh kereta  Rat Fink yang direka oleh Ed Big Daddy Roth. 
Ia sebenarnya datang dalam 18 warna tetapi warna ultra-pink ini sangat "rare".

 

 

10. 1970 Red Ferrari 312P with White Interior - US$5000 (RM20,905)

Dihasilkan oleh kilang Mattel di USA dan Hong Kong, model ini selalunya hadir dengan kemasan dalam warna hitam. Jika anda punya berwarna putih, menjeritlah kegembiraan kerana pengumpul sanggup membayar dengan harga US$5000.

 

 

9. 1971 Spectraflace Purpe Bye Focal - US$6000 (RM25,086)

Warna ungu ini memang yang paling jarang dijumpai dalam siri warna Bye Focal oleh Mattel. Bukan setakat warna ia jarang dijumpai, model ini juga sering mengalami masalah "crumbling" di mana badannya retak dan keseluruhan kereta hancur.
Yang mana tak hancur, memang "rare".

 

 

8. 1969 Cheetah Base with Python Body - US$6000 (RM25,806)
Model Hot Wheels Python memang popular tetapi nama kod pertamanya ialah Cheetah.
Sebelum keputusan dilakukan untuk menukarkan namanya ke Python, beberapa prototaip Cheetah terlepas keluar. 
Hanya wujud dalam warna merah, Cheetah ini jauh lebih berharga dari spesis harimau Cheetah sebenar.

 

 

7. 1969 Brown '31 Woody - US$8000 (RM33,448)

Dipercayai hanya beberapa dozen yang wujud ketika ia dikeluarkan dalam tahun 1969. Itupun termasuk jumlah prototaip!

 

 

6. 1969 Ed Shaver AMX - US$10,000 (RM41,810)

Mode ini dikeluarkan hanya untuk pasaran UK kerana ia adalah sebahagian dari tajaan kepada pelumba Ed Shaver.

Hati-hati - model AMX ini memang wujud tetapi hanya varian Ed Shaver datang dengan pelekat penaja di tepi.

Dan ada pelekat itu tipu!

 

 

5. 1971 Purple Olds 442 - US$12,000 (RM50,172)

Dikeluarkan khusus oleh kilang Hot Wheels di Hong Kong dalam tahun 1971, ini ialah model Olds 442 yang paling ukar ditemui dari siri Redline Hot Wheels.

 

 

4. 1969 Brown Custom Charger - US$13,000 (RM54,353)

Dibuat dari tahun 1969 sehingga 1971, Custom Charger memang model yang popular di kalangan penggemar Hot Wheels tetapi model berwarna coklat ini sangat jarang ditemui. ia mungkin model prototaip dan kerana itu harganya melampaui batas!

 

 

3. 1969 Mad Maverick Base on Might Maverick - US$15,000 (RM62,715)

Model ini popular tetapi hanya beberapa unit sahaja yang datang dengan nama "Mad Maverick" pada bahagian bawah mainan ini. Ia sebenarnya ditukar ke Might Maverick kerana nama Mad Maverick telah digunakan oleh Johnny Lightning, satu lagi pengeluar mainan dari US.

 

 

2. 1968 Over Chrome Camaro - US$25,000 (RM104,525)

Warna limau purut atau cecai Anti-Beku ini sangat-sangat sukar ditemui kerana ia dihasilkan untuk tujuan pengiklanan sahaja. 
Cuma ada 20 unit model warna ini di dunia. 

 

 

1. 1969 Pink, Rear-Loading Beach Bomb - US$150,000 (RM627,150)

Mungkin anda tertanya apa istimewanya van merah jambu VW dengan papan luncur air di belakang ini.

Unit ini ialah unit prototaip dan tidak dijadikan model pengeluaran kerana papan luncur itu disumbatkan di belakang menyebabkan ia berat di atas dan mudah terbalik. 
Hanya dua model ini dalam warna pink yang wujud. Dua unit sahaja! 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebagai kilang pembuatan Hot Wheels terbesar di dunia, kilang itu mempunyai kapasiti pengeluaran…
Berita Global
Mattel turut berkata mereka telah menghubungi semua yang telah menempah model skala Cybertruck itu…
Gaya Hidup
Kali ini Careta bertemu secara online dengan Shahrullizam Heshak, 38, anak Mersing yang kini…