2,100 kenderaan terkandas selama 40 jam di lebuh raya

oleh SALINA JALIL|
Lebih 2,100 kenderaan di Jepun terkandas selama 40 jam dalam kesesakan lebuh raya disebabkan ribut salji, baru-baru ini.

Kesesakan lalu lintas teruk itu berlaku di Jalan Tol Kanetsu yang menghubungkan Tokyo dan Niigata.

Lebih malang, semua mereka hanya ada sedikit bekalan makanan dan air untuk mengharungi tempoh lama dalam kesesakan itu.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Bagi mengelak kesesakan lebih teruk, pihak berkuasa menutup laluan masuk ke lebuh raya itu bagi mengurangkan jumlah kenderaan terkandas.

 

Syarikat konsesi lebuh raya di negara itu, Syarikat Lebuhraya Nippon (Nexco) berkata, kesesakan bermula apabila sebuah kenderaan terkandas dalam salji tebal di tengah lebuh raya menyebabkan lalu lintas terhalang.

 

Wilayah tengah dan utara negara itu dilanda ribut salji sejak beberapa hari lalu. Kejadian menyebabkan masalah lalu lintas dan bekalan elektrik terputus di beberapa tempat.

 

"Kesesakan jalan raya terjadi pada malam Khamis dan berlanjutan esoknya dengan kesesakan sepanjang 15 kilometer," kata Nexco.

 

Dilaporkan, pemandu tidak bergerak dari tempat sama lebih 40 jam. Mereka terkandas di tengah ladang dilitupi salji menyebabkan pasukan bantuan menghantar nasi, roti, keropok, makanan ringan, 600 botol air serta ribuan liter petrol dan diesel.

 

"Salji sangat tebal dan ada antara kenderaan tertimbus. Saya benar-benar ketakutan.

 

"Saya makan semua bekalan, sekarang untuk minum air, saya perlu mencairkan salji yang dikumpulkan dalam botol plastik," kata seorang pemandu yang enggan dikenali ketika ditemu bual wartawan NHK.

 

Menurut petugas pengurusan krisis Niigata, Tsuyoshi Watanabe, seorang wanita berusia 30-an dan seorang lelaki berusia 60-an dibawa ke hospital akibat masalah pernafasan dan mengalami mual.

 

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

 

 

KyodoNews

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun siapa sangka, ia sebenarnya amat sesuai untuk dijadikan sebagai sebuah jentera rali musim…
Berita Global
Bersempena dengan tahun baru 2022, BMW telah memuat naik sebuah video acah yang memaparkan BMW M3…
Berita Global
Keupayaan tersebut dibuktikan lagi menerusi video terbaharu yang diterbitkan oleh pengeluar…