213 mangsa insiden LRT Kelana Jaya terima bantuan RM1,000

oleh Mohamad Hanif|
Bantuan khas RM1,000 akan diberikan kepada 213 mangsa yang terlibat dalam melibatkan dua tren di Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya pada malam Isnin.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Prasarana Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau turut memaklumkan, pihaknya juga akan memberi jaminan akan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) perkhidmatan LRT.

Dalam kejadian pada jam 8.45 malam Isnin, seramai 213 penumpang cedera dengan 47 daripadanya cedera parah akibat pertembungan dua tren LRT laluan Kelana Jaya yang berlaku di dalam terowong antara Stesen LRT KLCC dan Stesen LRT Kampung Baru melibatkan satu tren yang membawa penumpang serta sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji.

Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan Berita Harian, panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Datuk Abdul…
Berita Domestik
Pada 24 Disember 2021, kakitangan UMW Toyota Motor memulakan tugas sukarelawan dengan turun sendiri…
Berita Domestik
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan mendapati pemilik kenderaan…