214 pengusaha bas, van sekolah Kelantan terpaksa gulung tikar

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Seramai 214 pengusaha bas sekolah di Kelantan hilang punca pendapatan sejak hampir setahun lalu, berikutan penutupan sekolah akibat wabak COVID-19.


Ada dalam kalangan mereka terpaksa menjual van dan bas dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran, demi meneruskan kehidupan dan tidak mampu menampung kos operasi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Kelantan, Wan Mohamad Nuhairi Wan Hamat, berkata pengusaha bas sekolah kini amat terdesak berikutan kehilangan punca pendapatan.

 

"Kami seolah-olah sudah gulung tikar, apatah lagi jika penutupan sekolah terus disambung.

 

"Ada yang terpaksa menjual bas mereka dan ada yang menjual van sekolah kepada pembeli besi buruk pada harga RM5,000 hingga RM7,000 untuk sebuah van demi menyara kehidupan keluarga mereka kerana tiada pendapatan lain dan tidak mampu menampung kos operasi setiap bulan. Kami memohon pihak yang berkaitan, termasuk kerajaan negeri tampil membantu kami untuk meneruskan kehidupan," katanya.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima bantuan daripada Program Sumbangan Musaadah Membabitkan Pemandu Bas dan Van oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood.

 

Wan Mohamad Nuhairi berkata, antara keperluan pengusaha ialah kerajaan membantu dari segi memudahkan pinjaman bank.

 

"Sebelum ini ramai ahli terpaksa membuat pinjaman melalui syarikat kredit kerana bank enggan memberi pinjaman bagi pembelian bas sekolah.

 

"Keadaan itu menyebabkan pengusaha bas terpaksa menanggung kadar faedah yang tinggi," katanya.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Setiausaha Sekretariat Gabungan Bas Malaysia (SGBM), R Thiagarajan, berkata semua pengusaha bas…
Berita Domestik
  Presiden Gabungan Bas Malaysia Cawangan Melaka, Muhammad Azwan Jajendran Abdullah, 53, berkata,…