2.4 juta cukai jalan, 2.6 juta lesen memandu masih tertunda belum diperbaharui

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Kementerian Pengangkutan menasihatkan orang ramai agar tidak menunggu saat-saat akhir sebelum berakhir tempoh moratorium yang ditetapkan pada 31 Disember ini.


Timbalan menterinya, Datuk Henry Sum Agong berkata, mereka sewajarnya segera hadir ke cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum berlaku kesesakan teruk akhir tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Elak serbu ketika hampir habis tarikh itu, sebaliknya rancang sekarang untuk pergi dalam masa terdekat,” katanya setelah melakukan lawatan kerja ke ibu pejabat JPJ di sini semalam.

 

Ini merupakan kunjungan rasmi pertama setelah dilantik memegang jawatan itu akhir bulan lalu dan beliau kemudian diberikan taklimat oleh Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim bagi mendapatkan gambaran luas peranan agensi berkenaan dengan semua pengarah JPJ negeri turut hadir dalam pertemuan tersebut yang diadakan secara atas talian.

 

Mengulas lanjut, Henry Sum berkata, setakat kelmarin sahaja, semakan JPJ mendapati ada sebanyak 2,458,324 lesen kenderaan motor atau cukai jalan tertunggak belum diperbaharui.

 

“Jumlah tersebut merangkumi kenderaan persendirian dan perdagangan susulan pemberian moratorium sejak tahun lalu bagi meringankan beban rakyat ekoran isu Covid-19,” katanya.

 

Sementara itu, dianggarkan sebanyak 2,672,000 lesen memandu telah tamat tempoh yang turut tertunggak belum diperbaharui oleh pengguna sehingga Khamis lepas di seluruh negara.

 

Orang ramai  juga digalakkan untuk memanfaatkan pelbagai saluran atas talian yang disediakan untuk transaksi JPJ sama ada melalui laman sesawang MySikap atau MyEG atau menerusi kaunter ‘Rakan Strategik’ JPJ iaitu pejabat Pos Malaysia atau premis Puspakom berhampiran.

 

“Pilihan diberikan untuk mengelakkan kesesakan teruk di pejabat JPJ yang ketika ini sudah membolehkan urusan kaunter secara jumpa terus tanpa perlu buat temujanji lagi,” kata beliau.

 

Pada masa ini, agensi berkenaan mempunyai sejumlah 81 buah pejabat cawangan di samping 20 lagi berada dalam kompleks Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara.

 

 

-UTUSAN ONLINE

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Cabaran yang dihadapi dalam proses perincian sekarang ialah perbandingan kapasiti (CC) kereta ICE…
Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan fungsi baharu itu akan memudahkan urusan orang awam…
Berita Domestik
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di Dewan Negara, baru-baru…